Page 9 - Bab 3 : Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
P. 9
© hak cipta zamri talib 2020 / 0199497087 SMK. Kemumin
3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
1. Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik juga dikenali sebagai
Perang Pasifik.
2. Pertempuran berlaku di Lautan Pasifik, Tanah Besar Asia dan
Kepulauan Asia Tenggara.
3. Perang Pasifik berpunca daripada kemunculan Jepun sebagai
kuasa tentera yang melaksanakan imperialism di rantau Asia
Pasifik.
Dasar peluasan kuasa Jepun
(a) Pembaharuan Meiji membawa pemodenan sehingga Jepun muncul sebagai
negara industri dan kuasa ketenteraan yang setaraf dengan negara Barat.
(b) Bagi memenuhi keperluan ekonomi dan ketenteraan serta perkembangan
politik dalam negara, Jepun melaksanakan dasar peluasan kuasa .
Kepeerluaan Perindistrian
Bagi mengurangkan pergantungan kepada negara Barat untuk mendapatkan
bahan mentah, Jepun memerlukan wilayah untuk membekalkan bahan mentah
dan menjadi kawasan pasaran untuk industrinya.
Pengaruh golongan tentera
Penguasaan golongan tentera dalam politik Jepun seperti yang diterajui oleh
Perdana Menteri Jeneral Hideki Tojo menyebabkan Jepun bertindak agresif
menakluk negara lain yang kaya dengan bahan mentah.
Perluasan
Order Baru Asia
Kuasa Jepun mewujudkan oder baharu di Asia Timur untuk menyingkirkan kuasa
imperialis Barat di Asia dan menganjurkan perkongsian kuasa serta kekayaan
Jepun yang lebih adil dalam kalangan negara di Asia . Orde baharu ini merangkumi
Jepun , Korea, Manchuria serta China dalam satu blok ekonomi dan kemudiannya
dikembangkan ke seluruh Asia.
2 Sekatan ekonomi terhadap Jepun
(a) Setelah menguasai Korea ( 1910 ) , Manchuria ( 1932 ) dan China ( 1937 ) ,
Jepun meneruskan penguasaannya terhadap kawasan strategik di Laut China
Selatan, termasuk Pulau Hainan dan Indochina.
(b) Dasar peluasan kuasa Jepun menyebabkan Amerika Syarikat, British dan
Belanda mengenakan sekatan ekonomi untuk menghalang Jepun daripada
memperoleh bahan mentah yang diperlukan untuk industry dan operasi perang.
3 Rancangan penaklukan wilayah di selatan
Pada 1940 Jepun
telah (a) Sebagai jalan keluar daripada sekatan ekonomi pihak Bersekutu, Jepun
mendatangani merancang untuk menawan wilayah di selatan .
Perjanjian Pakatan (b) Wilayah ini merangkumi Asia Tenggara yang kaya dengan bijih timah, getah,
Tiga negara bauksit dan petroleum.
dengan Jerman (c) Melalui pakatan dalam Kuasa Paksi, Jerman menghantar pakarnya ke Jepun
dan Itali yang untuk mengkaji strategi serangan serta membantu perkembangan industri
menjadikan jepun pembuatan kapal terbang Jepun. 3.4 PERANG DUNIA
KEDUA DI ASIA PASIFIK (
terikat dengan (d) Pada bulan Disember 1941, pemerintahan tentera Jepun mengarahkan
1941 – 1945 )
kuaasa Paksi serangan serentak terhadap Asia Pasifik berikutan kegagalan menghalang
sekatan ekonomi daripada pihak Bersekutu.

