Page 8 - Bab 3 : Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
P. 8
© hak cipta zamri talib 2020 / 0199497087 SMK. Kemumin
Berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah
BERAKHIR PERANG DUNIA KEDUA DI EROPAH
1 Kerjasama kuasa besar
(a) Kerjasama kuasa besar telah membawa kejayaan kepada Kuasa
Bersekutu.
(b) Presiden Amerika Syarikat , Franklin Roosevelt dan Perdana
Menteri Britain , Winston Churchill bertemu untuk membuat
keputusan politik dan ketenteraan.
(c) Kerjasama ini kemudian melibatkan Presiden Rusia, Joseph Stalin.
(d) Di medan peperangan, tentera darat, udara dan laut Bersekutu
beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang diketuai
oleh Amerika Syarikat.
2 Keberkesanan strategi serangan
(a) Strategi serangan balas yang berkesan turut membawa kejayaan
kepada Kuasa Bersekutu.
(b) Kesilapan Kuasa Paksi membuat keputusan untuk menawan Rusia
membawa kegagalan .
Serangan Jerman ke atas Rusia berjalan lancer pada peringkat awal.
Apabila perang melewati dua musim sejuk di Rusia, Jerman mula
kehilangan banyak nyawa tenteranya.
Tempoh perang yang Panjang menyebabkan tentera Jerman
kehabisan peluru, minyak dan makanan . Fokus SPM Esei
Tentera Jerman menjadi lemah semangat untuk meneruskan Mengapakah Kuasa paksi gagal
peperangan. untuk menawan Rusia?
Pada bulan Januari 1943, Jeneral Jerman , Friedrich Von Paulus Isi Jawapan
mengingkari perintah Hitler untuk meneruskan peperangan dengan Peperngn musim sejuk
menyerah kalah kepada tentera Rusia di Stalingrad . Akibatnya jerman
kehilangan tenteranya
c) Kuasa Bersekutu pimpinan Amerika Syarikat membuat perancangan Tempuh perang yang
ketenteraan yang rapi bagi menjayakan operasi pendaratan tentera panjang
Bersekutu di Normandy, Perancis. Kehabisan peluru
Tentera jerman mula lemah
Operasi diberi nama kod “ D-Day ” semangat
Tentera Bersekutu berjaya memperdayakan Jerman dengan Jeneral jerman menyerah
menyebarkan maklumat yang mengatakan bahawa kemungkinan kalah kepada rusia
pendaratan dibuat di Calais. Rujuk buku teks halaman 63
Pada bulan Jun 1944, tentera Bersekutu berjaya mendarat di
Normandy, Perancis.
Kejayaan tersebut menjadi titik tolak kepada kejayaan tentera
Bersekutu membebaskan Perancis dan negara Eropah Barat daripada
penaklukan Jerman.
Kejayaan operasi “ D-Day ” membolehkan tentera Bersekutu memasuki
Jerman dari arah barat sementara Rusia menyerang Jerman dari timur.
Kematian Hitler pada bulan April 1945 telah mengubah landskap
perang di Eropah.
Jerman kemudian menandatangani perjanjian menyerah kalah, sekali
gus menamatkan peperangan di Eropah.
Kejayaan dalam perang di Eropah membolehkan tentera Bersekutu
memberi perhatian kepada peperangan di Asia Pasifik dalam usaha Peta : Pendaratan tentera
menghadapi kemaraan tentera Jepun. Bersekutu di Normandy,
Perancis

