Page 4 - MAJLIS ANUGERAH GEMILANG KALI KE-18 TAHUN 2021 SBP INTEGRASI KUANTAN
P. 4
SEKAPUR SIRIH,
SEULAS PINANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya
berpeluang mengabdikan kata alu-aluan di dalam buku
program Hari Anugerah Gemilang SBP Integrasi Kuantan kali ke-18 2022. Syabas dan
tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan hari kecemerlangan
sekolah. Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Malah
ilmu menjadi prasyarat kepada permulaan para pelajar untuk pembentukan pelajar untuk
menjadi generasi pemimpin pada masa hadapan. Menyedari hakikat pentingnya ilmu
pengetahuan sebagai penyuluh yang menerangi kegelapan, maka kerajaan telah
menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang Keberhasilan Negara
(NKRA) bertujuan untuk memastikan anak-anak kita selayaknya mendapat ilmu
pendidikan yang berkualiti dan secukupnya. Generasi muda negara kita pada hari ini
amat perlu berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif, bercirikan nilai murni serta mampu
bersaing di persada antarabangsa yang penuh dengan cabaran.
Sekolah merupakan tapak semaian dalam menghasilkan modal insan cemerlang dan
berketrampilan. Dalam usaha untuk menterjemahkan hasrat dan objektif pendidikan,
setiap pendidik tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai kemelut dan cabaran
dalam dunia pendidikan. Kecemerlangan dan kehebatan murid tidak mungkin kita
saksikan; tanpa adanya guru. Justeru, tidak adil jika kita tidak mengucapkan syabas dan
tahniah kepada para guru yang telah membimbing murid-murid. Amalan ini akan
membantu sekolah mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif selaras dengan usaha
menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sesungguhnya pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dalam pembentukan
sahsiah pelajar tetapi satu kelebihan kepada sekolah ini apabila sekolah ini amat
menekankan pendidikan berteraskan agama dan semua pelajar menetap di asrama.
Kelebihan ini amat membantu dalam pembentukan generasi pada masa hadapan di
samping dapat membantu melahirkan tokoh-tokoh ilmuan Islam pada masa akan
datang.
Saya juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan tahniah kepada semua penerima
anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan para
penerima akan menjadi pemangkin kepada murid-murid lain untuk mempertingkatkan
mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa
hadapan.
Sekian, terima kasih
DR. HJ. ASMADI BIN ABDUL RAHMAN
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi)
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
4

