Page 5 - MAJLIS ANUGERAH GEMILANG KALI KE-18 TAHUN 2021 SBP INTEGRASI KUANTAN
P. 5
SEUNTAI KATA,
SEULAS BICARA
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi Sekolah Berasrama Penuh
Integrasi Kuantan (INTEK) berjaya menganjurkan Majlis Anugerah
Gemilang (MAG) buat kali ke-18 bagi tahun 2022. Saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat kerana komitmen dan usaha yang
berterusan dalam menjayakan majlis yang amat penting kepada semua
warga sekolah.
Majlis Anugerah Gemilang adalah bertujuan memberi pengiktirafan dan
penghargaan kepada warga INTEK yang telah menunjukkan prestasi
cemerlang sehingga meletakkan INTEK pada kedudukannya yang
tersendiri. Diharapkan juga majlis ini menjadi pendorong dan pembakar
semangat buat warga sekolah dan anak-anak INTEK yang lain.
Sementara itu, para pentadbir, guru-guru serta seluruh warga sekolah
akan terus mengamalkan semangat profesionalisme yang tinggi dan
usaha yang tidak pernah mengenal erti jemu untuk terus cemerlang dan
mengatasi segala kelemahan yang ada. Anak-anak pelajar pula perlu
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan di samping mempunyai
daya kepimpinan, keterampilan dan sahsiah yang baik. InsyaAllah
kejayaan pasti milik kita.
Akhir kalam, saya mengucapkan tahniah buat semua penerima
anugerah MAG kali ke-18 bagi tahun 2022. Moga kecemerlangan ini
menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya pada masa akan
datang. Terima kasih juga kepada yang menjayakan majlis ini hingga ke
akhirnya.
AZHAR BIN DAUD
Pengetua
SBP Integrasi Kuantan
5

