Page 6 - MAJLIS ANUGERAH GEMILANG KALI KE-18 TAHUN 2021 SBP INTEGRASI KUANTAN
P. 6
SETITIS TINTA,
SEINDAH BAHASA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Saya bersyukur ke hadrat Allah dan berterima kasih diberi kesempatan
merakamkan kata alu-aluan dalam buku cenderamata sempena Majlis Anugerah
Gemilang SBP Integrasi Kuantan Kali Ke-18. Majlis ini sememangnya memberi
impak yang berkesan dalam menyemai semangat mencintai ilmu dan seterusnya
memberi galakan serta pengiktirafan terhadap pelajar yang berjaya. Bahkan majlis
seumpama ini turut memberi perangsang kepada pelajar yang bakal menduduki
peperiksaan agar berusaha lebih gigih. Pastinya detik digelar pelajar cemerlang dan
diraikan dalam majlis yang berprestij seumpama ini akan menjadi inspirasi kepada
pelajar untuk melakar sejarah yang lebih bermakna.
Musyawarah dan komitmen sederap antara ibu bapa dan warga sekolah adalah
seiring dalam mencatur kejayaan anak-anak. Tahniah dan syabas kepada
guru-guru, yang komited dalam tugas yang diamanahkan bagi merealisasikan
harapan murid, ibu bapa dan harapan sekolah amnya. Tahniah juga kepada ibu
bapa, PIBG, dan semua yang terlibat dan memberi sokongan untuk memastikan
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) terus bergerak mencapai
pelbagai kejayaan. Sesungguhnya jalinan permuafakatan yang terbina
mencambahkan lagi usaha-usaha dalam melahirkan pelajar yang bukan sahaja
pintar akademiknya malah terpuji sahsiahnya. Oleh itu, adalah menjadi harapan
agar gandingan yang mantap ini mampu mencetuskan satu transformasi kepada
sebuah kejayaan yang unggul dan membanggakan dalam dunia pendidikan hari ini.
Akhir kata, saya dan seluruh saf kepemimpinan PIBG sekolah ini mengucapkan
tahniah dan syabas kepada semua warga INTEK kerana berjaya menganjurkan
Majlis Anugerah Gemilang Ke-18 untuk tahun 2022 dengan jayanya.
Sekian, terima kasih
HAJI AMIRUDIN BIN HAJI ARIFIN
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SBP Integrasi Kuantan
6

