Page 28 - BULETIN MAGAZINE baru
P. 28
ARTIKEL PELAJAR JABATAN
REKABENTUK KOMUNIKASI DAN
VISUAL
Program Diploma Teknologi Media cetak dijalankan selama 3 tahun bersamaan 6 semester.
Program ini memberi penekanan kepada kemahiran praktikal yang merangkumi teknologi
percetakan terkini yang bersesuaian dengan industri percetakan di Malaysia.Program ini
akan mendedahkan pelajar kepada pengalaman, cabaran serta merangsang mereka dalam
membangunkan pelbagai kemahiran praktikal, pekerjaan, akademik dan sahsiah dalam
disiplin berkaitan percetakan. Matlamat program adalah untuk menyediakan pelajar ke dunia
pekerjaan di dalam bidang percetakan mahupun menyambung pengajian ke peringkat yang
lebih tinggi.
Graduan program ini akan dibekalkan dengan pengetahuan asas bidang rekabentuk, kemahiran
dan sikap profesional. Program ini juga menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan,
kemahiran serta amalan-amalan baik di dalam industri percetakan.Kerjasama berpasukan dan
kemahiran interaksi yang berkesan akan diterapkan dalam budaya kerja untuk menyediakan
pelajar ke dunia pekerjaan sebenar. Pelajar dapat menyelesaikan perkara berkaitan tugas
secara kreatif kepada pelanggan dengan ilmu keusahawanan yang cekap.
Diploma Teknologi Media Cetak menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang bersepadu di dalam bidang teknologi percetakan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi boleh diaplikasi untuk pelbagai kerjaya dalam industri percetakan.Pelajar
juga boleh memulakan perniagaan mereka sendiri dalam kerjaya-kerjaya berkaitan industri
percetakan ini.
“IF YOU BE THE BEST YOU CAN DO THE BEST”
Sekian .
NAMA PENULIS : Muhamad Azim Muzzammil Bin
Mohd Tarmizi
ARTIKEL : Apa itu Diploma Media Cetak ?
A BULETIN JRKV
25 BULETIN JRKV

