Page 30 - BULETIN MAGAZINE baru
P. 30

ARTIKEL PELAJAR JABATAN

       REKABENTUK KOMUNIKASI DAN
                         VISUAL
























             Entrepreneurship adalah satu subjek yang diambil kebanyakkan pelajar di setiap bidang
             mereka  kerana  telah  ditentukan  oleh  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  bahawa  generasi
             sekarang perlulah mempunyai asas tentang berniaga. Jadi, subjek ini berkenaan bisnes yang
             bukan  sahaja di  Jabatan Rekabentuk Kominikasi dan Visual,malah di  jabatan lain  juga ada
             beberapa bidang yang mengambil subjek ini sebagai contoh ialah Jabatan Perdagangan (JP)
             dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK).

             Subjek ini amatlah menyeronokkan bagi sesetengah pelajar yang memang berminat dalam
             bidang perniagaan akan berasa bahawa subjek ini bukanlah satu bebanan tetapi satu platform
             yang mengajar diri mereka untuk semakin mahir dalam bidang perniagaan. Pelajar dapat
             mengembangkan idea mereka dalam perniagaan tetapi akan menjadi asas kemampuan bagi
             pelajar yang kurang berminat dalam perniagaan.


             Seterusnya, Pelajar diberi kebebasan dalam memilih produk yang ingin dijual oleh mereka,tidak
             kisah tentang produk mereka sama ada makanan atau selain itu seperti Pakaian,Kasut atau
             Aksesori. Pelajar akan diminta untuk membentangkan idea bagi jualan mereka terlebih dahulu
             di hadapan kelas dan pensyarah subjek tersebut.

             Selain  itu,Perniagaan  ini  dapat  menjana  duit  tambahan  bagi  pelajar  yang  memerlukan
             duit tambahan. Selain itu,mereka juga dapat merasai pengalaman untuk berniaga dalam
             kehidupan. Kumpulan tersebut diberi secara rawak oleh pensyarah tersebut.

             Di samping itu, Modal dan Untung diberi secara sama rata. Modal digunakan dengan duit
             pelajar sendiri dan membeli barangan yang hendak dijual dan dijual lebih tinggi dari harga
             seunit.keuntungan diberi secara adil dan dibahagi kepada ahli kumpulan tersebut.


             Akhir sekali,itulah serba sedikit yang dapat saya huraikan tentang subjek Entrepreneurship
             di bawah bidang Diploma RekaBentuk Grafik dan beberapa bidang lain. Anggaplah bahawa
             berniaga ini adalah sebuah platform untuk Berjaya dalam pelbagai cabang dalam kehidupan.
             SEKIAN TERIMA KASIH !



                                                            NAMA PENULIS  : Nur’Izzati Binti Mohd Shukri
                                                            ARTIKEL              : Entrepreneurship







                A BULETIN JRKV
                  27 BULETIN JRKV
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35