Page 63 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 63
6. KESELAMATAN MURID DAN WARGA SEKOLAH
KENALPASTI SIMPTOM DAN GEJALA
Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat lima tahap gejala dialami pesakit
Covid-19 termasuk ada antara mereka tidak menunjukkan tanda-tanda awal sehingga saringan
dibuat. Kajian menunjukkan individu yang juga digelar ‘asymptomatic’ berupaya menjadi
pembawa virus tanpa disedari.
Di Malaysia, 88 peratus pesakit berada pada tahap satu dan dua, tujuh peratus (tahap tiga dan
empat) dan hanya lima peratus (tahap lima). Lima tahap berkenaan.
TAHAP 1 ▪ Tidak menunjukkan sebarang gejala dijangkiti virus
▪ Memiliki antibodi kuat antara faktor tiada gejala. Mereka termasuk kanak-
kanak dan golongan muda
▪ Kelihatan sihat dan mampu membuat aktiviti harian termasuk bekerja dan
bersukan
▪ Pembawa virus Covid-19 tanpa disedari. Kelompok paling berisiko
menyebarkan virus terutama ahli keluarga dan kontak rapat
▪ Jangkitan sukar dikesan kecuali terlibat saringan
▪ Ada kes mereka sembuh sendiri tanpa mengambil ubat
TAHAP 2 ▪ Ada gejala ringan seperti demam, batuk, sakit tekak
▪ Mampu melakukan aktiviti ringan tetapi cepat letih
▪ Sukar dibezakan mereka dijangkiti virus atau sakit lain kecuali saringan
▪ Berisiko menyebarkan virus kepada ahli keluarga atau kontak rapat
▪ Berbanding tahap satu, individu ini lebih mudah dikesan
TAHAP 3 ▪ Alami radang paru-paru (pneumonia)
▪ Rasa sakit dan ‘ketat’ di dada ketika menarik nafas
▪ Boleh berjalan tetapi tidak mampu membuat aktiviti harian
▪ Bernafas tanpa bantuan sebarang alat
TAHAP 4 ▪ Alami radang paru-paru, perlu bantuan pernafasan terapi oksigen
▪ Tidak mampu menjalankan aktiviti tetapi boleh bercakap
▪ Alami sesak nafas lebih teruk daripada tahap tiga
▪ Kurang selera makan
TAHAP 5 ▪ Sesak nafas, perlu bantuan alat pernafasan (ventilator)
▪ Hanya baring
▪ Lazimnya tidak sedarkan diri kerana dibius penuh
▪ Berpotensi mati jika bantuan pernafasan dihentikan

