Page 65 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 65

SIMPTOM DAN GEJALA COVID-19












































               7.      PERGERAKAN MURID DALAM KAWASAN SEKOLAH DAN ASRAMA


               Guru bertugas harus mengingatkan bahawa;
                   1.  Penjagaan  kesihatan  dan  amalan  penjarakan  sosial  adalah  amat  penting  dalam

                       pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan
                       murid, guru dan warga sekolah.
                   2.  Murid sentiasa memastikan diri berada dalam keadaan sihat, menjaga kebersihan diri dan

                       tidak menunjukkan gejala awal COVID-19 sebelum hadir ke sekolah. Saringan  demam
                       serta gejala batuk, selesema, sakit tekak dan sesak nafas dilakukan terhadap murid, guru
                       dan warga sekolah pada setiap hari di pintu masuk sekolah sebelum sesi persekolahan

                       bermula.  Jika  mempunyai  suhu  badan  melebihi  37.5°C  atau  bergejala,  mereka  tidak
                       dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

                   3.  Setiap  murid  juga  bertanggungjawab  memastikan  susunan  meja  dalam  kelas  mesti
                       berada dalam jarak satu (1) meter antara satu dengan yang lain.
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70