Page 66 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 66
4. Pengusaha kantin hanya akan menyediakan makanan berbungkus. Penggunaan kerusi,
meja dan ruang makan di kantin tidak dibenarkan
5. Murid akan makan di dalam bilik PdP di bawah seliaan guru pada waktu rehat yang telah
ditetapkan
6. Murid yang makan di dewan makan asrama pada waktu rehat perlulah sentiasa dalam
makluman guru bertugas
7. Bilik kesihatan/sakit di sekolah harian dan sekolah berasrama akan dijadikan sebagai bilik
isolasi bagi murid yang bergejala sebelum mendapatkan rawatan.
8. Tanda penjarakan sosial disediakan oleh pihak pengurusan sekolah dengan
menggunakan pita pelekat dan setiap murid memsti peka dan mengamalkan penjarakan
sosial yang dimaksudkan di lokasi yang telah ditetapkan seperti yang berikut:
i. Bilik PdP - tanda penjarakan diletakkan pada kaki meja baris hadapan dan baris
tepi pertama untuk rujukan;
ii. Kantin - tanda penjarakan diletakkan pada ruang berbaris untuk pembelian dan
pengambilan makanan serta laluan ke singki;
iii. Bilik guru/pejabat - tanda penjarakan diletakkan pada kerusi, meja, kaunter dan
tempat mengimbas kehadiran; dan
iv. Lif - tanda penjarakan diletakkan mengikut kapasiti lif.
9. Murid mesti memastikan kedudukan dijarakkan dengan selang satu tempat duduk apabila
mereka menaiki kenderaan sekolah seperti bas/van/coaster
10. Murid yang mempunyai masalah berkaitan imuniti badan yang rendah mesti sentiasa
memakai pelitup muka.
11. Murid yang merasa terkesan dengan normal baharu di sekolah akan melaksanakan Ujian
Minda Sihat bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan mengikuti sesi
kaunseling sekiranya perlu.
12. Perhimpunan/perjumpaan (melebihi 10 orang) dalam kalangan murid di asrama tidak
dibenarkan. Warden akan memantau keberadaan murid di asrama. Semasa di asrama,
murid yang tidak sihat akan diasingkan dan diberi pelitup muka untuk dipakai serta
dihantar ke klinik kesihatan untuk rawatan atau dibawa pulang oleh ibu bapa/penjaga;
13. Murid hendaklah melaporkan dengan segera kepada warden sekiranya diri sendiri atau
rakan mengalami tanda-tanda demam, batuk, selesema, sakit tekak atau sesak nafas;
14. Solat berjemaah di surau dan semua aktiviti berkumpulan ditangguhkan. Murid digalakkan
menggunakan sejadah sendiri untuk solat;
15. Pelawat hanya dibenarkan berjumpa dengan murid di asrama sekiranya terdapat urusan
kecemasan. Pelawat perlu mendapat kebenaran daripada pentadbir/Ketua Warden.

