Page 73 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 73
MODUL : PENGURUSAN DAYA TINDAK
Tajuk : Hidup Adalah Pilihan
Masa : 30 minit
Bahan : Lampiran 5
Objektif : Murid dapat :
1. mengetahui cara mereka mengisi masa secara bermanfaat sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
2. menyenaraikan aktiviti yang bermanfaat untuk memperbaiki hubungan
dengan Pencipta dan ahli keluarga
3. mendapat celik akal tentang cara mengurus diri berkaitan penggunaan
teknologi
Langkah : 1. Murid memperoleh bahan edaran .
2. Murid mendapat penerangan tentang perjalanan aktiviti yang akan
dilaksanakan sebentar lagi.
3. Murid diminta membaca dahulu dan memahami setiap pernyataan sebelum
menanda (guru membimbing murid memahamkan pernyataan).
4. Murid menanda setiap aktiviti tersebut berdasarkan kekerapan mereka
melakukan aktiviti itu.
5. Murid dipilih secara rawak (murid yang sukarela) untuk berkongsi aktiviti
yang mereka kerap lakukan sepanjang tempoh PKP.
6. Berdasarkan langkah 5, murid menyatakan perasaan yang dialami ketika
mengadakan aktiviti-aktiviti tersebut.
7. Rumusan dari modul yang dilakukan.
Falsafah ` : 1. Bersyukur kerana masih dikurniakan kedua ibu bapa dan masih tinggal
bersama anggota keluarga. Hormati dan hargai perasaan rakan-rakan yang
telah kehilangan ahli keluarga dan terpaksa tinggal dengan orang lain.
2. Bersyukur dapat beribadat dengan bimbingan ahli keluarga/ penjaga.
3. Memanfaatkan masa dengan cara yang betul.

