Page 70 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 70

MODUL          : PERKONGSIAN PENGALAMAN

               Tajuk          : Aku dan Diriku
               Masa           : 30 minit

               Bahan          : 1.  Lampiran 4

                                2. Pensel warna (jika murid tidak bawa, boleh gunakan pensel)


               Objektif       :  Murid dapat :

                               1.  mengetahui perasaan yang paling kerap dialami sepanjang tempoh
                                  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

                                2.  meluahkan perasaaan yang dialami sepanjang tempoh PKP.
                                3.  mendapat celik akal tentang cara mengurus emosi melalui perkongsian

                                              rakan-rakan.

               Langkah        : 1.   Guru mengedar lampiran aktiviti.

                               2.  Guru menerangkan perjalanan aktiviti yang akan dilaksanakan sebentar
                                  lagi.
                               3.  Guru meminta murid memilih emosi  yang mereka alami sepanjang berada
                                  di rumah ketika tempoh PKP (tidak perlu mewarna, hanya berfikir dahulu)
                               4.  Murid akan mewarna bilangan perasaan yang dialami. (sama ada
                                  menggunakan pensel warna sendiri atau melorek dengan pensel jika murid
                                  tidak membawa pensel warna)
                               5.  Guru memilih secara rawak (murid yang sukarela) untuk berkongsi emosi
                                  yang dialami sepanjang  tempoh PKP.
                               6.  Berdasarkan langkah 5, murid menyatakan peristiwa yang dialami sehingga
                                  menimbulkan emosi tersebut.
                                  •  Guru digalakkan memilih murid yang banyak mewarna pada emosi
                                      positif.
                                  •  Rujuk murid yang mempunyai emosi negatif kepada guru bimbingan
                               7.  Guru membuat rumusan dari aktiviti yang dilakukan.



               Falsafah `     : 1. Menghargai setiap peristiwa yang dialami.

                                2. Mensyukuri setiap nikmat yang dimiliki.
                                3. Menyayangi  diri sendiri dan ahli keluarga.
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75