Page 76 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 76
SLOT 4
Tajuk : Refleksi dan Rumusan
Masa : 30 minit
Objektif : Pada akhir aktiviti, murid dapat:
1. murid dapat menzahirkan perasaan masing-masing.
2. guru dapat mengenalpasti keadaan emosi murid.
Bahan : Lampiran 7
Langkah :
1. Guru memulakan sesi dengan mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada
murid.
2. Guru menyoal murid apa perasaan mereka apabila dapat kembali ke sekolah.
3. Kemudian, guru meminta murid untuk berkongsi dengan dengan rakan-rakan apa
yang mereka lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
4. Bagi setiap aktiviti baik yang dikongsi, guru memberikan peneguhan yang positif
seperti memberi pujian dan menjelaskan manfaat yang diperolehi.
5. Setelah itu, guru meminta murid untuk menyatakan perasaan masing-masing
terhadap apa yang berlaku (tidak dapat ke sekolah).
6. Kemudian, guru memberikan kata-kata perangsang dan motivasi untuk menaikkan
semangat dan jati diri murid.
7. Akhir sekali, guru merumuskan kepada murid bahawa setiap apa yang berlaku ada
hikmahnya. Hidup tetap perlu diteruskan walau apa yang berlaku.
Falsafah
Hidup mesti positif.
Nota : Guru digalakkan membimbing murid yang pencapaian sederhana dan lemah untuk
berkongsi secara lisan. Guru mencatat perkongsian murid di papan putih. (rujuk lampiran 7)

