Page 94 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 94

3.0  PENGURUSAN MASA


               3.1  Modul 1

               Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi…. disini ingin  saya kongsikan tips PENGURUSAN

               MASA.

               Masa adalah aset penting bagi seorang manusia. Secara umum, apabila kita perhatikan pelajar

               yang cemerlang, kebiasaannya mereka bijak mengurus masa dan aktiviti harian mereka. Oleh
               itu, disini akan dikongsikan beberapa tips dalam menguruskan masa pelajar.



               1. Kenalpasti kekuatan & kelemahan diri kita

               Manusia dilahirkan berbeza. Mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Jika kawan
               kita  boleh  belajar  sehingga  lewat  malam,  tidak  semestinya  kita  juga  mampu  untuk  belajar

               sehingga lewat malam. Mungkin kekuatan kita pada tidur awal dan bangun awal supaya kita boleh
               belajar pada awal pagi. Kita lebih tahu diri kita sendiri, jadi jangan ikut dan tiru cara belajar orang
               lain. Oleh itu, kenal pasti dulu diri kita sebagai pelajar, di mana kekuatan dan kelemahan kita.


               2. Rancang jadual tetapi utamakan prioriti
               Mungkin bunyinya semua orang sudah tahu akan tip yang satu ini, tetapi cuba kita lihat balik,

               adakah kita punyai jadual yang tersusun dan kita mengutamakan mana yang patut diutamakan
               dahulu? Jika tidak rancang jadual disini bukanlah bermaksud setiap minit dari hidup kita perlu
               disusun dan diatur secara terperinci, namun, setidak-tidaknya kita perlu tahu apa yang akan kita

               lakukan pada esok hari.
               Bagaimana, kemana, ke arah apa akan kita luangkan waktu-waktu lapang kita. Pastikan kita

               sentiasa cuba untuk merancang kehadapan, dan tidak membiarkan waktu-waktu lapang kita
               disia-siakan begitu sahaja.


               3. Fokus
               Fokus sentiasa menjadi kunci untuk mendapatkan hasil yang sempurna dan terbaik. Tanpa

               fokus, kita akan mengambil masa yang lama untuk menghadam atau menghafal sesuatu
               perkara. Untuk membantu fokus, jauhkan segala perkara yang kita rasa boleh mengganggu
               tumpuan kita dari pelajaran. Jika kita rasa telefon bimbit boleh mengganggu kita, maka kita

               boleh mengambil inisiatif untuk samada letakkan telefon bimbit kita dalam mode silent” atau
               letak sejauh mungkin dari tempat kita belajar.
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99