Page 93 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 93

2.6 Modul  6

               Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi…. disini ingin  saya kongsikan tips menghadapi Covid

               19 menurut perspektif islam...kepada semua warga sekolah pada pagi ini sebagai panduan dan
               pedoman kita bersama.

               Penularan pandemic covid 19 yang melanda dunia pada hari ini memerlukan kepada kaedah

               pencegahan  yang  selaras  dengan  tuntutan  syarak.  Islam  menekankan  prinsip  pencegahan
               adalah lebih baik dari merawat.


               Langkah Pencegahan 2
               (Perlindungan Diri)

                   1.  Duduk di rumah.

                       Jangan keluar rumah melainkan betul-betul perlu. Sekiranya keluar untuk mendapatkan
                       barang-barang keperluan beli secukupnya untuk mengelakkan kekerapan keluar rumah.

                       Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : Keselamatan bagi seseorang itu pada zaman
                       fitnah  (terutama  penyakit  berjangkit)  ialah  bahawa  dia  menempatkan  diri  di  dalam
                       rumahnya. (sahih al –jami’ al soghir : 3649)


                   2.  Jauhi tempat-tempat yang berisiko.
                       Elakkan berada di tempat-tempat berisiko dan sesak.


                   3.  Penjarakan Sosial.
                       Pastikan anda sentiasa menjarakkan diri 1 meter dari orang lain dalam semua keadaan.


                   4.  Langkah yang perlu diambil jika keluar rumah.

                       Pakai penutup muka,elakkan menyentuh mata,hidung dan mulut, sentiasa menggunakan
                       hand sanitizer dan basuh tangan sekerap mungkin.


               Langkah Pencegahan (3)
               (Ketika Bergejala)


                   1.  Mengasingkan Diri.
                   2.  Berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT.

                   3.  Sentiasa Mematuhi garis panduan yang telah di tetapkan oleh pakar kesihatan.
                   4.  Jangan Berlengah untuk mendapatkan rawatan sekiranya anda memerlukan pertolongan.
                   5.  Dilarang hadir untuk solat berjemaah.
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98