Page 98 - MODUL_PELAKSANAAN_ORIENTASI_PEMUGARAN_EMOSI_MURID_KEBIASAAN_BAHARU
P. 98
5.0 PENGURUSAN EMOSI
Assalamualaikum dan selamat pagi murid-murid. Cikgu harap murid-murid sihat dan bersedia
untuk memulakan sesi persekolahan pada hari ini. Tajuk perkongsian cikgu pada hari ini ialah
Pengurusan Emosi Murid.
BUKAN mudah menyesuaikan diri dengan suasana kebiasaan baharu sepanjang Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).
Melalui empat fasa PKP, keadaan ini boleh memberi kesan kepada emosi dan tingkah laku jika
tidak diurus dengan baik.
, setiap perubahan yang berlaku dalam kehidupan boleh memberi tekanan hingga
menyebabkan individu mengalami kebimbangan dan kemurungan.
jika gangguan ini kerap berlaku atau berlanjutan hingga menjejaskan tidur, selera makan,
keupayaan untuk berfungsi dan keseronokan melakukan sebarang aktiviti, ini berkemungkinan
tanda masalah kesihatan mental yang lebih serius
langkah-langkah pengurusan emosi
1. BERKONGSI masalah dengan rakan bagi mengurangkan tekanan
2. mengatur rancangan aktiviti atau menyusun jadual harian
3. mengehadkan penggunaan media sosial yang memberi pendedahan dan memperoleh
maklumat yang tidak tepat hingga menimbulkan kegelisahan serta kemurungan
4. kekal tenang dan berfokus ialah mengekalkan rutin harian seperti bersenam, makan,
membaca buku dan tidur.
5. Beribadat.

