Page 15 - BULETIN IBEST Edisi 3 (19-25.01.2020)
P. 15

Asap berkenaan akan kembali ke ruang udara Australia selepas membuat satu pusingan penuh mengelilingi bumi. Malah,
        ia  telah  mula  bergerak  sejak  8  Januari  lalu.  Malah,  terdapat  beberapa  bandaraya  terbesar  di  Australia  turut  terjejas
        termasuklah Melbourne dan Sydney di mana kebakaran tersebut telah merosakkan perumahan di luar pinggir bandar
        dan kepulauan asap tebal turut menyelubungi pusat bandar.

        Taman  Negara  Blue  Mountains yang  terdahulunya  cukup  popular  sebagai  pusat  pelancongan  kini  kian  suram  akibat
        kebakaran hutan yang tidak berjaya dibendung. Menurut laporan, sebahagian besar taman negara yang terletak di New
        South Wales kira-kira 100km dari bandar Sydney itu terbakar sekali gus menyebabkan tempat itu kini dipenuhi abu. Bukan
        setakat itu sahaja, puluhan rumah turut musnah dijilat api serta menyebabkan beberapa orang anggota tentera maut
        ketika bertugas memadamkan kebakaran berskala besar itu.

        Dalam tragedi kebakaran hutan yang telah membakar bumi Australia itu, sekurang-kurangnya 28 orang terkorban. Malah,
        turut memusnahkan 2,000 kediaman serta menjejaskan kawasan yang jauh lebih besar berbanding  negeri Indiana di
        Amerika Syarikat. Australia kini berhadapan dengan salah satu kemarau paling teruk dalam beberapa dekat di mana Biro
        Meteorologi negara tersebut berkata bahawa musim bunga lalu adalah paling kering dalam sejarah.

        Pada mulanya, tahap kebakaran berkisar dari api kecil yang menjejaskan bangunan terpencil atau sebahagian kawasan
        kejiranan.  Namun,  api  mula  marak  sehingga  memakan  tanah  seluas  berhektar-hektar.  Oleh  disebabkan  itu,  proses
        memadam kebakaran menjadi lebih sukar.

        Menurut sumber, antara faktor yang menyebabkan kebakaran dan asap tersebar dengan lebih cepat adalah berikutan
        angin kencang. Malah, ia turut menyebabkan trak anggota bomba sukarela telah terbalik dan menyebabkan kematian
        anggota tersebut.

        Terkini, Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) meramalkan bahawa kebakaran di Australia
        akan  turut  memberi  kesan  kepada  seluruh  dunia  .Menurut  laporan  yang  dikeluarkan  ,  asap  kebakaran  di
        Australia dijangka bakal membuat pusingan penuh mengelilingi bumi. Asap berkenaan akan kembali ke ruang udara
        Australia selepas membuat pusingan penuh tersebut. Malah, ia telah mula bergerak sejak 8 Januari yang lalu dan telah
        mengelilingi separuh daripada bumi.

        Menurut  Pusat  Penyelidikan  Goddard  NASA,  asap  tersebut  kini  menuju  ke  Amerika  Syarikat  dan  fenomena  itu  akan
        menjadikan langit berjerebu. Paling teruk, asap yang terhasil itu dikatakan terlalu tebal sehingga boleh mencipta cuaca
        tersendiri. Malah, boleh dikaitkan dengan ribut petir gergasi dan mampu menyebabkan kebakaran baru.

        Kesannya telah mencapai negara-negara lain, termasuk menjadikan langit merah dan glasier hitam dengan asap di New
        Zealand serta mempengaruhi matahari terbit dan matahari terbenam di Amerika Selatan.

        “Asap ini kemudiannya boleh mengembara beribu-ribu batu dari sumbernya, yang memberi kesan kepada keadaan
        atmosfera di peringkat global."- NASA

        Walaupun  New  Zealand  terletak  kira-kira  1,200  batu  jauhnya,  namun  kesan  dramatik  di  negara  tersebut  telah
        menyebabkan isu kualiti udara teruk di seluruh wilayah dan turut menyebabkan langit di negara tersebut bertukar warna
        oren.
        Di  Melbourne  pula,  asap  yang  tersebar  menyebabkan  tahap  kualiti  udara  kian menurun  dan  mencapai  paras  yang
        membahayakan. Orang awam disarankan untuk tinggal di dalam rumah buat sementara waktu sehingga cuaca kembali
        pulih.













                                                                VISUALISASI NASA KEBAKARAN DI AUSTRALIA PADA 1
                KAWASAN KEBAKARAN DI AUSTRALIA
                                                                      JANUARI BERDASARKAN DATA SATELIT.


                                                                        KOLUMNIS: FARHATUL ATHIRAH BINTI MOHD ZAINI
                                         | IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK
   10   11   12   13   14   15   16