Page 13 - BULETIN IBEST Edisi 3 (19-25.01.2020)
P. 13
USRAH SUMUR AKTIVITI BADAR SEPANJANG
19-23 JAN 2020
Usrah SUMUR WAJIB dilaksanakan pada kadar minimum
sekali sebulan di semua sekolah SMKA dan SABK sama
ada di sekolah yang mempunyai asrama atau tiada
asrama. Pihak sekolah menubuhkan satu badan iaitu
Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR/BDK) untuk
menguruskan program usrah ini.
Usrah (ةرسلأا) ditafsirkan sebagai perjumpaan yang
melibatkan kegiatan agama Islam seperti
perbincangan tentang sesuatu tajuk. Perkataan usrah
berasal daripada perkataan bahasa Arab bermaksud
"keluarga". Walaupun begitu, medium usrah tidak
terhad kepada perbincangan sahaja. Terdapat
medium yang lain seperti ziarah, aktiviti luar, masjid dan
rumah. Usrah adalah tapak asas kepada
pembentukan tarbiyah individu muslim.
Pembentukan usrah yang pertama dilaksanakan ialah
oleh Rasulullah s.a.w., di rumah al-Arqam bin Abi
Arqam di Makkah. Rasulullah S.A.W mengajar mereka
yang hadir setiap ayat Quran yang diturunkan. Baginda
juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur
seperti baik hati, amanah, bertanggungjawab,
bercakap benar, berani dan sebagainya di dalam diri
para sahabat.
Komponen usrah merangkumi empat:
1. Naqib (lelaki) / Naqibah (perempuan)
2. Anggota usrah
3. Topik perbincangan atau silibus
4. Aktiviti
Naqib ialah pemandu atau mentor bagi usrah. Anggota
usrah ialah peserta bagi sesebuah usrah. Topik
perbincangan ialah pengisian bagi usrah tersebut.
Aktiviti ialah kegiatan di luar usrah.
Menurut Syeikh Muhammad Abduh di dalam
bukunya Maza Ya'ni Intimai Li ad-Dakwah, menyatakan
terdapat tiga rukun usrah iaitu:
1. At-Taaruf, iaitu berkenalan;
2. At-Tafahum, iaitu bersefahaman;
3. At-Takaful, iaitu saling membantu.
KOLUMNIS: NABIHAN ASYRAF BIN MAHMUD ZUHUDI
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK

