Page 8 - BULETIN IBEST Edisi 3 (19-25.01.2020)
P. 8
BICARA JIWA KAUNSELOR - SIRI 2 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
Biasanya saya suka mengambil masa untuk membaca
whatapp group ibubapa IBEST. Tersenyum sendirian bila
tengok langkah-langkah proaktif para ibubapa dalam
menyelesai masalah anak-anak.
Ada yang buat group wahatapp sendiri bagi
menyelesaikan masalah nak hantar dan ambik anak-anak
yang duduk jauh. Mereka berpakat sesama ibubapa.Ada
yang tolong susun kelas tambahan untuk anak-anak
terutamanya bagi kelas-kelas peperiksaan, ada yang
tolong susun buat kelas hafazan untuk anak-anak masa
cuti sekolah dan macam-macam lagi.
Tidak termasuk yang menghubungi secara peribadi
menawarkan pelbagai jenis bantuan dan kepakaran
untuk dikongsikan dengan anak-anak dan warga sekolah.
Sentiasa berlumba-lumba untuk membuat kebaikan
( fastabikul khairat)
Inilah roh dan semangat imtiaz dari hari pertama
ditubuhkan sehinggalah saat ini. Dari zaman bangunan
pondok sehinggalah istana huffaz. Inilah antara makna
pendidikan. kolaboratif antara ibubapa dan pihak sekolah
dalam mendidik anak-anak. tidak hanya "menswastakan"
pendidikan kepada pihak sekolah. Konsepnya ialah "anak
itu anak kita".
Semoga "parent involvement" terus mekar subur di bumi
imtiaz besut; The Best School In The World.
HALATUJU LEPASAN SPM
Cr Mohd Fakrul Rizal bin Mohamed Din
Ketua Kaunselor,
iBest Counseling Interactive Centre (ICIC)
SM Imtiaz YT Besut
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN
KAUNSELING DI SEKOLAH
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
memainkan peranan penting di dalam agenda
pendidikan negara terutamanya dalam usaha mencapai
matlamat falsafah pendidikan negara . Oleh itu
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu
mempunyai pengurusan yang mantap dan sistematik
dalam usaha mencapai hasrat untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada klien. Dalam konteks
imtiaz Besut, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
merupakan tulang belakang kepada sekolah dalam
memastikan lahirnya anak soleh pintar yang
berkeperibadian unggul dan berciri quranik,ensiklopedik
dan ijtihadik selaras dengan visi dan misi yang telah
digariskan.
GURU BIMBINGAN KAUNSELING SEPENUH MASA ( GBKSM )
1. MOHD FAKRUL RIZAL BIN MOHAMED DIN
2. SUHARNI BT SAMARUDIN
KOLUMNIS: SYAHIDA AKMAL BINTI MAT NAWI
| IJTIHADIK | QURANIK | ENSIKLOPEDIK

