Page 26 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 26
Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
2.5 Pendaftaran
2.5.1 Pendaftaran Program
• Semua pelajar adalah diwajibkan membuat pendaftaran program
pada setiap awal semester mengikut tarikh yang telah ditetapkan
01 oleh KKTM Petaling Jaya.
• Setiap pelajar wajib mendaftar program bagi setiap semester
sehingga tamat pengajian dalam tempoh maksimum yang
02 dibenarkan.
• Pelajar yang mendaftar lewat kurang dari tiga (3) hari dari tarikh
pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda.
03 (Rujuk Lampiran 1)
• Pelajar yang mendaftar lewat lebih dari tiga (3) hari dari tarikh
04 pendaftaran yang ditetapkan, akan dikenakan denda dan dirujuk
• kepada Jawatankuasa Tatatertib. tiga (3) hari
• Pelajar kanan yang berstatus tangguh pengajian/digantung
pengajian WAJIB membuat pendaftaran semula pada awal semester
05 berikutnya mengikut tarikh yang ditetapkan oleh KKTM Petaling Jaya.
2.5.2 Pendaftaran Kursus
• Pelajar diwajibkan mendaftar setiap kursus yang ditawarkan pada
awal semester setiap sesi pengajian.
01
• Pendaftaran kursus hendaklah dibuat pada minggu pertama
mengikut tempoh pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak
02 KKTM Petaling Jaya dengan kelulusan Ketua Jabatan/Program.
• Pelajar boleh dikenakan denda jika mendaftar kursus selepas minggu
pertama sesi pengajian tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh
03 Jawatankuasa Akademik.
(Rujuk Lampiran 1)
• Pelajar perlu menyelesaikan bayaran denda yang berkaitan sebelum
dibenarkan mendaftar kursus pada sesi berkenaan.
04 (Rujuk Lampiran 1)
• Bagi mana-mana kursus yang mempunyai pra-syarat, pelajar perlu
lulus kursus pra-syarat sebelum mendaftar kursus berikutnya
05 KECUALI bagi pelajar semester terakhir sebelum menjalani Latihan
Industri yang masih mempunyai kursus tertunggak tertakluk
kelulusan Jawatankuasa Akademik.
• Pelajar kanan yang berstatus mengulang kursus atau mempunyai
kursus tertunggak WAJIB membuat pendaftaran kursus pada
06 minggu pertama sesi pengajian.
16

