Page 27 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 27
Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
2.5.3 Penangguhan Kursus
• Ketua Jabatan/Program boleh memohon penangguhan penawaran
kursus bagi sesuatu program atas sebab-sebab yang munasabah.
01
• Permohonan penangguhan kursus perlu mendapat pengesahan
Timbalan Pengarah (HEA) dan tertakluk kepada kelulusan Pengarah
02 KKTM Petaling Jaya serta perlu dimaklumkan kepada Pengarah
BKT.
• Kelulusan penangguhan kursus hanya sah pada semester yang
dimohon sahaja.
03
• Bagi kes penangguhan kursus, pelajar tidak perlu didaftarkan kursus
tersebut.
04
• Penangguhan kursus boleh dimohon selewat-lewatnya sehingga
minggu ke tiga (3) semester bermula.
05
2.5.4 Penambahan Kursus
• Pelajar dibenarkan menambah mana-mana kursus atas sebab-sebab
yang munasabah dengan kelulusan Timbalan Pengarah (HEA)
selewat-lewatnya pada minggu ke dua (2) sesi pengajian. Kursus
01 tersebut perlu didaftarkan menggunakan Borang Pendaftaran
Kursus.
• Kebenaran untuk pelajar menambah kursus tertakluk kepada jumlah
kredit maksimum per semester yang dibenarkan.
02
2.5.5 Pengguguran Kursus
• Pelajar boleh menggugurkan mana-mana kursus yang telah
didaftarkan atas sebab-sebab yang munasabah tertakluk kepada
01 kelulusan Timbalan Pengarah (HEA) selewat-lewatnya pada minggu
ke empat (4) sesi pengajian.
• Kursus yang digugurkan tidak akan didaftarkan pada semester
02 berkenaan.
17

