Page 55 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 55
Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
4.4 Semua hukuman dan kategori kesalahan di atas adalah merujuk kepada buku
‘Peraturan Tatatertib Pendidikan Teknikal dan Vokasional MARA (Pindaan 2019)’
dan buku ‘Garis Panduan Hukuman Pelajar KKTM dan IKM (Pindaan 2019)’ serta
bergantung kepada pindaan dari semasa ke semasa.
Catatan :
a) Mana‐mana kes atau kesalahan yang disenaraikan atau tidak disenaraikan dalam
Garis Panduan Hukuman ini, Jawatankuasa Tatatertib (JKT) dan Lembaga
Tatatertib (LT) PTV MARA boleh menggunakan budi bicaranya untuk
mengenakan apa‐apa jua hukuman yang bersesuaian kepada pelajar
berkenaan.
b) Sekiranya pelajar melakukan kesalahan yang sama berulang kali di dalam
kategori Kesalahan Sederhana (KS) dan Kesalahan Ringan (KR), pelajar boleh
dengan budi‐bicara pusat dikenakan hukuman yang lebih berat dari hukuman
yang ada didalam kategori kesalahan tersebut sehingga hukuman maksimum ‐
Buang Latihan dan dikenakan bayaran gantirugi.
45

