Page 58 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 58

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
                                                                              Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


               5.5    Tata Kelakuan


                      5.5.1  Pelajar  DIWAJIBKAN  menunaikan  solat  dan  bagi  pelajar  yang  uzur
                             (perempuan) mesti menghormati waktu solat apabila berada dalam kawasan
                             asrama dengan tidak membuat bising dan menonton TV.

                      5.5.2  Pelajar digalakkan menunaikan solat berjemaah di surau terutama pada waktu
                             Maghrib dan Isyak serta waktu/masa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan
                             kolej.

                      5.5.3  Pelajar  perlu  mematuhi  dan  mengikuti  jadual  solat  dan  program-program
                             keagamaan yang ditetapkan oleh pengurusan kolej.
                      5.5.4  Pelajar  pada  bila-bila  masa  dilarang  bersiul-siul,  membuat  bising,  ketawa

                             dengan kuat, bertempik, melaung-laung, melolong dan bergurau senda yang
                             boleh dianggap liar atau melebihi batasan.

                      5.5.5  Pelajar hendaklah sentiasa menunjukkan akhlak dan keperibadian yang mulia,
                             menjalinkan  hubungan  baik  serta  bersopan-santun  sesama  pelajar  dan
                             pengurusan asrama mengikut peraturan yang ditetapkan oleh KKTM Petaling

                             Jaya.
                      5.5.6  Pelajar  dikehendaki  berkelakuan  baik  dan  menghormati  masyarakat  di

                             sekeliling asrama/kolej.
                      5.5.7  Pelajar dilarang mengeluarkan kata-kata kesat, bercakap secara tidak sopan
                             yang  boleh  menyinggung  perasaan  dan  menimbulkan  suasana  kacau  bilau,

                             huru-hara dan menimbulkan pergaduhan.
                      5.5.8  Sebarang bentuk perlakuan ‘ragging’, membuli, mendera dan peras ugut TIDAK
                             DIBENARKAN sama sekali dilakukan oleh pelajar.

                      5.5.9  Pelajar  dilarang  mengamal  atau  menanam  sifat  kedaerahan,  kenegerian,
                             berpuak-puak atau kumpulan yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.
                      5.5.10  Pelajar TIDAK DEBENARKAN menjadi ahli mana-mana parti politik, kesatuan

                             sekerja atau mana-mana pertubuhan. Sekiranya perlu, pelajar perlu mendapat
                             sokongan  dari  Pengarah  Pusat  dan mendapat kelulusan  daripada  Pengarah

                             Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.
                      5.5.11  Pelajar TIDAK DIBENARKAN menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh
                             ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap

                             mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang diharamkan.
                      5.5.12  Pergaulan  sesama  pelajar  terutama  di  antara  lelaki  dan  perempuan  perlu

                             mengikut batas-batas hukum Islam serta peraturan yang ditetapkan oleh KKTM
                             Petaling Jaya sama ada di dalam atau di luar kawasan asrama.



                                                           48
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63