Page 56 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 56
Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.0 P E R A T U R A N A S R A M A
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA
5.1 Pendahuluan
Peraturan Asrama Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya ini adalah terpakai
kepada semua pelajar yang menduduki asrama sepanjang mereka mengikuti program
di KKTM Petaling Jaya. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mana-mana pelajar
yang melanggar mana-mana peraturan yang terkandung di dalam Peraturan Asrama
ini.
5.2 Penempatan di Asrama
5.2.1 Penginapan Asrama Tidak Diwajibkan
(Kemudahan Asrama Tidak Mencukupi Bagi KKTM Petaling Jaya)
5.2.1.1 Permohonan untuk tinggal di asrama hendaklah dengan menggunakan
borang e-permohonan yang boleh didapati dari Penyelia
Asrama/Pembantu Tadbir Kanan (Asrama).
5.2.1.2 Permohonan hendaklah dibuat pada awal semester bagi pelajar baru
dan pada akhir semester bagi pelajar sedia ada.
5.2.2 Penginapan Asrama Diwajibkan
(Mempunyai kemudahan asrama yang mencukupi di KKTM Petaling Jaya)
5.2.2.1 Permohonan untuk tinggal di luar asrama hendaklah dengan
menggunakan borang permohonan yang disediakan.
5.2.2.2 Permohonan hendaklah dibuat pada awal semester bagi pelajar baru
dan pada akhir semester bagi pelajar sedia ada.
5.2.3 Penempatan pelajar di dalam asrama akan ditentukan oleh Penyelia Asrama.
5.2.4 Pelajar tidak dibenarkan berpindah tempat sama ada berpindah bilik atau blok
asrama tanpa kebenaran Penyelia Asrama.
5.2.5 Hanya pelajar yang berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di bilik asrama. Pelajar
tidak dibenarkan memberi tumpangan penginapan kepada mana- mana pelajar
lain, tetamu atau pelawat di mana-mana bilik asrama.
5.2.6 Pengarah atau wakil kuasanya boleh mengarah pelajar menggosongkan bilik
asramanya atau berpindah ke tempat tinggal yang lain pada bila-bila masa jika
didapati pelajar telah melanggar peraturan asrama yang termaktub di dalam
buku peraturan ini.
46

