Page 69 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 69

Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
                                                                              Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya


               6.2    Pentadbiran

                      6.2.1 Hal Ehwal Pelajar (HEP)
                           Membantu  para  pelajar  memperoleh  suatu  pengalaman  pembelajaran  yang

                           cemerlang. HEP menawarkan dan menguruskan khidmat berikut :
                           a.  Pendaftaran  pelajar  -  mengendalikan  urusan  berkaitan  dengan  pelajar
                               antaranya pendaftaran, kemasukan, profil peribadi pelajar dan elaun pelajar.

                           b.  Aktiviti  pelajar  -  menggalakkan  penyertaan  pelajar  secara  menyeluruh  di
                               dalam aktiviti yang bermanfaat sama ada anjuran pihak ketiga, KKTM Petaling
                               Jaya, mahupun oleh para pelajar sendiri.

                           c.  Pembayaran elaun - menguruskan jumlah pembayaran elaun yang diterima
                               oleh pelajar.

                           d.  Perkhidmatan  makanan  -  menguruskan  perkhidmatan  makanan  pelajar
                               sepanjang pengajian.
                      6.2.2 Pentadbiran dan Kewangan

                               Menguruskan hal-hal dalam pengurusan dan pentadbiran.
                      6.2.3 Pusat Sumber
                               Berperanan dalam menyediakan bahan bacaan, media dan bahan rujukan

                               terutama dalam program yang ditawarkan.
                      6.2.4 Kaunseling dan Bimbingan
                           Menyediakan khidmat nasihat dan bimbingan berikut kepada para pelajar:

                           a.  kaunseling peribadi (atas permintaan) /
                           b.  kaunseling berkumpulan /

                           c.  kemahiran belajar bimbingan akademik
                      6.2.5 Perhubungan Alumni
                           Hubungan para pelajar dengan KKTM Petaling Jaya tidak harus berakhir pada

                           hari  konvokesyen.  Oleh  itu,  pelajar  lepasan  KKTM  Petaling  Jaya  digalakkan
                           menyertai persatuan alumni yang bakal ditubuhkan untuk meneruskan kerjasama

                           dan turut menyumbang ke arah pendemokrasian pendidikan
                      6.2.6 Pengekalan Pelajar
                           Program  Pengekalan  Pelajar  merupakan  langkah  yang  bakal  di  laksanakan

                           KKTM  Petaling  Jaya  untuk  memastikan  cita-cita  pelajar  tidak  terhenti  di
                           pertengahan  perjalanan.  Melalui  program  ini,  kaji  selidik  diadakan  untuk
                           menentukan  tahap  kepuasan  pelajar,  merancang  program  bimbingan  dan

                           khidmat  nasihat  akademik  serta  pemantauan  prestasi  pelajar  dengan
                           menitikberatkan aspek penambahbaikan berterusan.




                                                           59
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74