Page 64 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 64
Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.13 Roll Call
5.13.1 Roll call wajib dibuat sekurang-kurangnya satu (1) kali pada setiap bulan. Roll
call juga boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut keperluan dan hanya boleh
dibuat oleh warden sahaja.
5.13.2 Semua pelajar wajib berkumpul di tempat yang ditentukan. Kehadiran pelajar
akan direkodkan dalam buku kehadiran yang disediakan oleh pihak pusat
sama ada secara manual atau menggunakan aplikasi atas talian.
5.13.3 Kegagalan pelajar menghadiri roll call sebanyak dua (2) kali akan diambil
tindakan buang asrama.
5.13.4 Semua pelajar wajib menghadiri dan berkumpul di tempat yang ditentukan
dengan berpakaian kemas.
5.14 Pemeriksaan Asrama
5.14.1 Hanya boleh dilakukan oleh Pengarah / Timbalan Pengarah HEA / Timbalan
Pengarah KPHP dan lain-lain pegawai yang diberi kuasa.
5.14.2 Boleh dibuat pada bila-bila masa yang difikirkan perlu atau sekurang-
kurangnya sebulan sekali.
5.14.3 Pemeriksaan asrama perempuan akan dilakukan oleh Warden wanita atau jika
perlu boleh dibuat dengan bantuan warden lelaki setelah mendapat kebenaran
pengurusan KKTM Petaling Jaya.
5.15 Peraturan Keluar Masuk Harian, Hujung Minggu, Cuti Umum dan
Cuti Semester
5.15.1 Semua pelajar yang keluar dari asrama dan kawasan KKTM Petaling Jaya atas
urusan harian dikehendaki masuk semula ke kawasan asrama tidak lewat
dari jam 11.00 malam atau masa yang telah ditentukan oleh Pengarah
KKTM Petaling Jaya pada hari yang sama kecuali dengan kebenaran yang
diberikan oleh warden. Pelajar DIWAJIBKAN thumb-out di Pondok Pengawal
dan thumb-in semula apabila kembali ke KKTM Petaling Jaya.
5.15.2 Pelajar asrama TIDAK DIBENARKAN bermalam di luar kawasan KKTM
Petaling Jaya kecuali mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada
Pengarah atau wakil kuasanya.
54

