Page 66 - Buku Panduan Pelajar KKTM Petaling Jaya Edisi 2020
P. 66
Buku Panduan Pelajar Edisi 2020
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
5.18 Peraturan Menggunakan Kenderaan Persendirian
5.18.1 Pelajar dibenarkan membawa kenderaan dengan mendapatkan kebenaran dari
pengurusan KKTM Petaling Jaya terlebih dahulu. Kenderaan perlulah didaftar
di pejabat pentadbiran KKTM Petaling Jaya dengan mengisi borang yang
disediakan.
5.18.2 Pelajar dikehendaki mendapatkan pelekat (sticker) yang dijual oleh pengurusan
KKTM Petaling Jaya untuk ditampal di kenderaan masing-masing. Kegagalan
pelajar berbuat demikian akan mengakibatkan kenderaan ditahan dari
memasuki kawasan KKTM Petaling Jaya.
5.18.3 Pelajar yang mendapat kebenaran membawa kenderaan perlulah mematuhi
peraturan berikut :
a. Kenderaan pelajar hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan sahaja.
b. Tidak dibenarkan memandu atau membawa kenderaan di koridor, beranda,
kaki lima, atau mana-mana bahagian bangunan KKTM Petaling Jaya.
c. Sentiasa membawa lesen memandu dan kad pelajar semasa membawa
kenderaan. Pelajar hendaklah bersedia menunjukkan dokumen tersebut
apabila diminta oleh pihak berkuasa KKTM Petaling Jaya.
d. Sentiasa mematuhi peraturan jalanraya yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa dan juga Undang-undang Lalulintas yang berkuatkuasa.
5.18.4 Kenderaan pelajar adalah tanggungjawab pelajar. Pihak pengurusan KKTM
Petaling Jaya tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan dan
kehilangan kenderaan pelajar.
5.19 Aktiviti Sosial, Perhimpunan, Taklimat, Kuliah dan Ceramah
5.19.1 Pelajar asrama yang berkenaan adalah dikehendaki menghadiri, mengikuti dan
mengambil bahagian di dalam apa-apa perjumpaan, perhimpunan, ceramah,
taklimat dan lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak pengurusan asrama
atau pengurusan KKTM Petaling Jaya.
5.19.2 Sebarang bentuk aktiviti sosial di asrama KKTM Petaling Jaya dan di
persekitarannya adalah TIDAK dibenarkan kecuali mendapat kebenaran
bertulis Pengarah atau wakil kuasanya terlebih dahulu.
5.19.3 Sebarang bentuk perhimpunan yang melebihi lima (5) orang di asrama atau
persekitarannya tanpa kebenaran pihak pengurusan asrama atau KKTM
Petaling Jaya TIDAK dibenarkan.
56

