Page 3 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK KAMPONG SAWAH KALI KE 43 & 44
P. 3

Kata Alu – Aluan

                               Guru Besar SK Kampong Sawah









           Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

           Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinan-Nya saya

           diberi peluang untuk menitip kata alu-aluan di dalam buku program sempena

           Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 43 & 44 SK Kampong Sawah. Syabas dan tahniah


           kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana bagi merealisasikan majlis yang dirancang.

           Walaupun dalam tempoh sukar ini akibat penularan pandemik Covid-19 yang

           melanda, pelbagai cabaran yang terpaksa kita harungi dalam meneruskan

           kelangsungan hidup dan juga dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada

           anak-anak murid.





                  Dunia Pendidikan dewasa kini menjadi lebih kompleks dan menuntut semua

           lapisan masyarakat merangkumi golongan pemimpin, pendidik, ibu bapa, komuniti

           dan pihak swasta berganding bahu mengarap ramuan terbaik bagi membentuk

           generasi pemimpin masa hadapan. Sebagai warga pendidik, mereka seharusnya

           dilengkapkan dengan pengetahuan dan bersedia dengan perubahan-perubahan

           semasa yang sukar untuk kita jangkakan selari dengan Pendidikan Dunia Vuca.

           Menyedari hakikat pentingnya pendidikan terus menjadi keutamaan, maka pihak


           kerajaan telah menjadikan pendidikan sebagai salah satu daripada Enam Bidang

           Keberhasilan Negara (NKRA) bertujuan untuk memastikan anak-anak mendapat

           pendidikan yang berkualiti dan secukupnya.








                                                                                                          1
   1   2   3   4   5   6   7   8