Page 4 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK KAMPONG SAWAH KALI KE 43 & 44
P. 4

Kata Alu – Aluan

                                 Guru Besar SK Kampong Sawah







                Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan pemegang taruh amat

                penting melalui penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan KSIB

                malah ianya memerlukan juga sokongan daripada para pemimpin dan pihak

                swasta bagi membina kemudahan infrastruktur sekolah selari dengan tuntutan

                pendidikan dewasa kini. Justeru saya merakamkan jutaan terima kasih kepada

                Ahli Jawatankuasa PIBG SK Kampong Sawah yang sentiasa bergerak seiring


                dengan pihak sekolah. Terima kasih juga kepada pihak PPD Pontian, Jabatan

                Pendidikan Negeri Johor, kepimpinan masyarakat setempat, Kerajaan Negeri

                Johor yang sentiasa menyokong pihak sekolah merencanakan program-

                program yang memberi impak kepada sekolah seterusnya memastikan

                kemenjadian murid secara holistik dapat direalisasikan.




                Akhir kalam, marilah kita bersama-sama berganding bahu membangunkan SK


                Kampong Sawah atas rasa kebersamaan, atas tanggungjawab dan sayangnya

                kita kepada generasi masa hadapan kerana merekalah aset negara masa

                hadapan. Semoga apa yang diusahakan menjadi satu ibadah dan mendapat

                keberkatan oleh Allah s.w.t. Amin.




                                              ‘STRIVE FOR EXCELLENCE’





                HALIL BIN YUSOF

                Guru Besar

                SK Kampong Sawah




                                                                                                          2
   1   2   3   4   5   6   7   8   9