Page 5 - MESYUARAT AGUNG PIBG SK KAMPONG SAWAH KALI KE 43 & 44
P. 5

Kata Alu – Aluan

                                           Yang Dipertua PIBG


                                           SK Kampong Sawah







                     Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmatNya
              pada tahun ini kita berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 43 & 44 di dalam

              suasana baru secara atas talian kerana disebabkan oleh pandemik Covid 19 yang telah

              melanda negara sejak Mac tahun lalu.

                     Kehadiran ibubapa ke mesyuarat ini membuktikan bahawa kita semua prihatin
              terhadap persekolahan anak - anak. Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa dan penjaga

              untuk memastikan mereka sentiasa mengambil tahu akan semua perkara yang berkaitan

              dengan pembelajaran anak- anak pada masa kini.
                     Perubahan suasana semasa dan sistem pembelajaran yang sentiasa berkembang

              memerlukan keprihatinan ibu bapa terhadap pendidikan anak- anak dipertingkatkan.

              Anak - anak amat dahagakan kasih sayang ibu bapa. Saya menyeru kepada semua ibubapa

              agar mengenali lebih dekat anak - anak kita agar kita dapat memastikan anak- anak kita
              membesar ke arah yang positif.

                     Saya berharap semua pihak akan terus memberikan sumbangan dan sokongan

              kepada PIBG dalam memastikan suasana pembelajaran yang selesa dapat disediakan untuk
              anak-anak kita belajar di sekolah ini.

                     Akhir kata, saya dan seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah ini mengucapkan ribuan

              terima kasih di atas sokongan dan bantuan semua pihak dalam menjayakan semua program
              yang dijalankan oleh pihak sekolah dan PIBG.




              Sekian, terima kasih.


              Mohamad Khalid bin Hassan Basri

              Yang Dpertua PIBG,

              SK Kampong Sawah
                                                                                                          3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10