Page 5 - E-TEKAD SMK SENAI 2020/2021
P. 5

YDP PIBG SMK SENAI

             Bismillahirahmanirahim…


             Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
             dan salam sejahtera,
             Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya,
             E-majalah sekolah iaitu "TEKAD" bagi edisi “Flip”
             dapat disiapkan dengan sempurna untuk tatapan
             semua.
             Sekalung tahniah dan syabas dititipkan kepada
             Sidang Redaksi Majalah Tekad tahun 2020 & 2021 kerana
             kesepakatan dalam bekerja serta komitment yang tinggi membolehkan
             majalah ini berada di tangan pembaca.


             Warga SMK Senai yang dikasihi,

             E-Majalah TEKAD sekolah ini bukan hanya sekadar catatan kenangan
             indah zaman persekolahan di SMK SENAI, bahkan ia juga menjadi
             wadah maklumat tentang aktiviti dan pencapaian sekolah ini pada
             tahun 2020 & 2021. Selain daripada itu, majalah ini juga ia juga
             merupakan satu bentuk dokumentasi penting kerana mengumpulkan
             sejarah / cerita hebat  sekolah ini. Bagi warga sekolah, butiran dan
             gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan terindah pada zaman
             persekolahan dan satu bentuk catatan sejarah kepada semua
             khususnya murid murid tahun 2020 & 2021. Kelahiran e-majalah
             TEKAD ini pada era Pendemik COVID-19 juga merupakan catatan
             sejarah hebat SMK Senai bilamana segala badai dan ranjau diharungi
             dengan sabra demi menghasilkan karya yang bermutu dan dihargai
             semua.


             PIBG & Pihak Sekolah berpisah tiada.

             Didalam majalah TEKAD ini tercatit peranan peranan PIBG sepanjang 2
             tahun ini. Pelbagai usaha telah digerakkan demi kecemerlangan pelajar
             pelajar khususnya serta pihak guru dan sekolah keseluruhannya.
             Ayuh semua, ibubapa khususnya dan pihak sekolah berganding bahu
             mengambil PEDULI keperluan anak anak kita dalam pencarian ilmu
             Allah yang maha luas ini. Harapan semua agar generasi yang dibina ini
             menjadi insan hebat di dunia dan akhirat suatu masa nanti dengan
             restu ikhlas semua.
             InsyALLAH…..









                                                                             E-TEKAD SMK SENAI 2020/2021           5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10