Page 6 - E-TEKAD SMK SENAI 2020/2021
P. 6
2020 & 2021 COVID-19 serta penangguhan sekolah secara bersemuka.
Badai COVID-19 yang melanda telah mengubah struktur pembelajaran
keseluruhannya. Sesi sekolah bersemuka ditangguhkan beberapa kali.
Umum juga sediamaklum bagaimana SOP telah diperkenalkan oleh
pihak berwajib dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.
Kaedah pembelajaran secara PDPr diperkenalkan sebagai kaedah
pembelajaran alternatif iaitu secara ON-LINE (NORMA BAHARU).
Inilah antara cabaran hebat yang harus dipikul bersama khususnya
ibubapa / penjaga murid. Keperluan asas seperti Komputer, capaian
internet perlulah disediakan, selain tumpuan serta kejujran murid
semasa PDPr.
Tindakan ibubapa perlulah selari dengan keperluan anak anak.
Bantulah anak anak kita kerana mereka ini adalah pewaris serta modal
insan masa hadapan. Kecemerlangan tidak mustahil digapai. Sebagai
contoh pencapaian SPM 2019 & 2020 dimana era Pendemik bermula.
SPM 2020 adalah pencapaian yang tertinggi diikuti SPM 2019
sepanjang sejarah hebat SPM, SEK MEN KEB SENAI di sepanjang
zaman sejak penubuhannya. Terima kasih kepada semua ibubapa.
Kasih ibu sampai ke Syurga, kasih bapa sepanjang masa.
Keselamatan menjadi taruhan demi kecemerlangan anak anak kita.
Terima kasih guru guru & PIBG
Belajar bersemuka tidak boleh, kita guna Online
Mesyuarat bersemuka tidak boleh, kita guna Online
Makan bersemuka tidak boleh, kita bungkus bawa sendirian
Ketidakhadiran murid murid dijejaki- Cakna ziarah pelajar
Kesusahan murid murid dibantu–Program Kasih Sejahtera PIBG
Inilah antara senario yang dilalui guru guru dan PIBG. Tiada kata
mampu dikata selain ucapan setinggi tinggi pengharhgaan dan terima
kasih kepada semua.
Sama sama berdoa agar keadaan kembali pulih dan pembelajaran anak
-anak kita untuk sesi persekolahan akan datang dapat diteruskan
dalam keadaan lebih selamat dan penuh keceriaan. Patuhi SOP
sepanjang masa….
Sekian, Terima Kasih
Surdin bin Juki
YDP SMK Senai
E-TEKAD SMK SENAI 2020/2021 6

