Page 7 - E-TEKAD SMK SENAI 2020/2021
P. 7
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
dan Selamat Sejahtera.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada ahli
jawatankuasa Majalah TEKAD SMK SENAI tahun
2020 dan 2021 atas kejayaan menghasilkan majalah
tahunan sekolah berbentuk digital pada kali ini
(E-TEKAD).
Sepanjang tahun 2020 dan 2021 ini seperti semua sedia maklum
negara kita bahkan seluruh dunia terkesan dengan penularan wabak
Covid-19. Oleh yang demikian, sesi persekolah secara bersemuka
pada dua tahun ini terpaksa ditangguhkan untuk keselamatan semua
dari ancaman virus ini. Namun, dengan kerjasama dan semangat para
pendidik dan murid-murid SMK Senai, PDPR masih dapat
dilaksanakan dengan jayanya melalui kelas dalam talian malah
aktiviti sekolah dan kokurikulum yang telah dirancangkan
juga dapat diteruskan. Alhamdulillah respon yang diberikan daripada
murid-murid amat baik sekali dan tahniah kepada para pemenang di
atas kejayaan anda sama ada di peringkat sekolah, daerah mahupun
negeri. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda semua.
E-TEKAD ini adalah rakaman paparan peristiwa dan pencapaian
sekolah iaitu dari tahun 2020 hingga 2021. Bagi warga sekolah, butiran
dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah dan
sejarah untuk kita semua ingati terutamanya sewaktu musim pandemik
ini.
Semoga seluruh warga SMK Senai akan terus menggembleng tanaga
untuk terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan da-
tang.
Hamdan bin Hussin
Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Senai
E-TEKAD SMK SENAI 2020/2021 7

