Page 16 - PADANG CERITA IPDPD
P. 16
B A H A G I A N S I A S A T A N J E N A Y A H N A R K O T I K
DADAH MUSUH UTAMA NEGARA
Memupuk dan memberi kesedaran kepada ibubapa, masyarakat dan
pelajar
Oleh: ASP. Norazman bin Md. Ali
ISU penyalahgunaan dan penagihan dadah
masih menjadi masalah utama di negara ini
yang boleh mendatangkan impak negatif
kepada kesihatan fizikal, mental serta
tingkah laku seseorang.
Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan
oleh pihak berwajib untuk menangani isu ini,
namun saban hari kes-kes berkaitan
penyalahgunaan dan penagihan dadah masih
dilaporkan di media-media arus perdana.
Persoalan timbul seperti apakah usaha-
usaha yang dijalankan oleh pihak
penguatkuasa kurang berkesan atau
mungkinkah wujudnya kelompangan dalam Dadah jenis syabu atau methamphethamine
kalangan masyarakat dalam mendepani isu
ini?
Trend perubahan penagihan dadah daripada
jenis konvensional seperti heroin dan ganja
kepada dadah jenis sintetik (Amphetamine
Type Stimulus, ATS) menjadi cabaran utama
dihadapi pada masa kini dalam usaha
membanteras ancaman dadah di negara ini.
Berikutan penggunaan dadah jenis sintetik
akan mendatangkan kesan lebih buruk
kepada individu termasuk masalah
kecelaruan mental, sifat agresif dan akhirnya
mendorong kepada perbuatan jenayah.
Selain itu, kesedaran diri remaja penting
untuk menjauhi najis dadah. Kesedaran diri
ini penting untuk membentuk minda yang Dadah jenis ganja mampat yang berjaya dirampas
positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan
pemikiran yang rasional. Mereka hendaklah Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat penting.
sentiasa diberikan ingatan tentang Mereka perlu tahu membezakan yang baik dengan
pentingnya kehidupan pada masa hadapan. yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan
Remaja kini terlalu terdedah dengan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Rakan yang
pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya berkualiti juga adalah tunggak dalam membantu diri
menjerumuskan mereka ke dalam kancah remaja menjadi berkualiti juga.
penyalahgunaan dadah ini.
Kesimpulannya, semua pihak termasuk ibu bapa,
guru, masyarakat mahupun kerajaan perlu
berganding bahu memerangi gejala penyalahgunaan
dadah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama
berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah
musuh utama negara dan dadah boleh meruntuhkan
keharmonian dan institusi kekeluargaan serta
kesejahteraan dan perpaduan negara.
11

