Page 17 - PADANG CERITA IPDPD
P. 17
OP DIDIK BSPTD
MEMUPUK DAN MEMBERI KESEDARAN KEPADA IBUBAPA, MASYARAKAT DAN PELAJAR TER-
HADAP KESALAHAN TRAFIK DAN LALULINTAS.
Op Didik adalah satu operasi khas berkonsepkan advokasi dan
juga penguatkuasaan, digabungkan untuk memberi kesedaran
dan juga mengatasi salah laku trafik oleh pelajar sekolah yang
banyak menggunakan kenderaan persendirian ke sekolah.
Objektif utama operasi ini adalah memberi kesedaran teruta-
manya kepada ibu bapa dan juga pelajar sekolah, tentang
kepentingan menjaga keselamatan diri semasa berada di jalan
raya sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan maut
melibatkan pelajar sekolah. Selain dari itu, tujuan lain Op Didik
ini juga untuk memastikan pelajar sekolah sentiasa mematuhi
peraturan dan undang-undang lalulintas serta menerangkan
peranan yang perlu dimainkan oleh sekolah dalam memupuk
dan membudayakan pelajar sekolah supaya mematuhi per-
aturan dan undang-undang semasa di jalanraya.
Sepanjang tempoh tahun 2020 sebanyak empat (4) Op Didik
telah dijalankan di beberapa buah pusat pengajian tinggi dan
sekolah di dalam kawasan pentadbiran polis Padang Besar ber-
banding tahun sebelumnya. Ini adalah kerana negara pada
ketika ini sedang dilanda pandemik Covid-19 serta Perintah Ka-
walan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan untuk
mengekang wabak tersebut.
Selain itu, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang dilantik di
setiap sekolah mampu untuk memantau dan mengadakan per-
jumpaan dengan Pengetua bersama semua guru sekolah dan
membincangkan masalah berkaitan pelajar. Dengan adanya
pemantauan sedemikian, masalah–masalah yang berlaku dapat
diambil tindakan dengan sewajarnya dari masa ke semasa.
Diantara kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pelajar
sekolah adalah seperti memandu tanpa lessen yang sah, tidak me-
makai topi keledar semasa menunggang, cukai jalan tamat tempoh
dan ubahsuai kenderaan. Kesemua kealahan ini yang telah diambil
tindakan saman oleh polis adalah lebih kepada mendidik ibu bapa
tentang pentingnya anak-anak mereka untuk mematuhi undang-
undang semasa menunggang motorsikal.
Namun, setiap operasi yang akan dilaksanakan akan dimaklumkan
terlebih dahulu kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan
Pengetua sekolah. Sesi advokasi akan diadakan di setiap sekolah
untuk memberi kesedaran dan kepentingan mematuhi peraturan
jalanraya kepada pelajar-pelajar.
12

