Page 14 - PADANG CERITA IPDPD
P. 14
DARI MEJA JENAYAH
AKU SEORANG PEGAWAI PENYIASAT
Oleh: Insp. Muhamad Aidil Syufi bin Mustafa
Pegawai Penyiasat atau lebih juga
selalu dikenali dengan panggilan
‘IO’ iaitu ‘Investigation Officer’
terdiri daripada Pegawai Kanan Po-
lis berpangkat dari Inspektor dan ke
atas, manakala Penolong Pegawai
Penyiasat atau lebih dikenali
dengan ‘AIO’ iaitu ‘Assistant Investi-
gation Officer’ pula ialah pegawai
polis yang berpangkat dari Sarjan
dan ke atas. Tugas-tugas IO dan AIO
adalah menyiasat kes yang dirujuk
kepada mereka dengan membuka
kertas siasatan, mengumpul bukti
berkaitan kes dan juga melengkap-
kan kertas siasatan itu sebelum diru-
juk kepada Timbalan Pendakwa
Raya. Selain itu, IO dan AIO juga
hendaklah mengendalikan barang
kes, menuduh saspek di mahkamah,
hadir perbicaraan selain dari men- IO sedang meneliti kertas siasatan beliau
jalankan tugas-tugas yang lain.
Jawatan ini sangat-sangat memer-
lukan kekuatan mental kerana harus
memberikan komitmen yang tinggi
dalam menyelesaikan sesuatu kes
berlandaskan undang-undang supa-
ya kertas siasatan itu yang diru-
juk adalah kertas siasatan yang
berkualiti. ‘IO’ dan ‘AIO’ juga meru-
pakan jawatan yang memberikan
tekanan yang tinggi kerana perlu
juga berhadapan dengan pengadu,
keluarga pengadu, OKT (Orang Kena
Tangkap), keluarga OKT, Timba-
lan Pendakwa Raya dan juga
semua pihak yang berkepentingan
samada secara langsung atau tidak
langsung terlibat dalam sesuatu sia-
satan seperti doktor, saksi-saksi
bebas, pemilik premis, majikan mere-
ka dan juga orang awam yang lain.
AIO sedang meneliti kertas siasatan beliau
9

