Page 31 - PADANG CERITA IPDPD
P. 31
KEJAYAAN IPD PADANG BESAR
RAMPASAN DAUN KETUM SEBERAT 1.4 TAN
23 Jun - Sepasukan anggota Task Force IPD Padang Besar yang
sedang membuat rondaan di jalan Kg. Bukit Chabang telah
menemui daun-daun hijau disyaki ketum yang dibalut dengan
plastik lutsinar, berserakan diatas tanah dianggarkan seberat 1.4
tan dimana ianya dilitupi dengan kain kanvas berwarna putih
kelihatan mencurigakan di belakang Bukit Chabang. Selepas
membuat pemeriksaan lanjut di sekeliling kawasan itu dan
tidak menemukan sesiapa, mereka bertindak merampas
sebanyak 47 guni barang kes tersebut dan dibawa balik ke Ba-
hagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah IPD Padang Besar
untuk siasatan dibawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952 yang
jika sabit kesalahan, boleh dihukum dengan denda maksimum
RM10 ribu dan penjara maksimum empat tahun.
CUBAAN MENYELUDUP KETUM DIGAGALKAN
21 Jun - Satu cubaan menyeludup daun ketum telah berjaya
ditumpaskan oleh Pasukan Respon Team IPD Padang Be-
s a r , d u a h a r i l a l u .
Menurut fakta kes, selain daripada rampasan daun-daun
hijau disyaki ketum sebanyak 15 guni yang dianggarkan
seberat 570kg itu, pasukan itu juga telah menemui satu pa-
ket plastik lutsinar yang didalamnya terdapat hablur-
hablur kristal dipercayai dadah jenis methamphitamine
atau syabu, dianggarkan seberat 0.38gram. Pada kejadian
tersebut, suspek yang memandu kenderaan jenis Proton
Waja dalam keadaan mencurigakan telah bertembung
dengan pasukan tersebut sebelum suspek ditahan untuk
pemeriksaan. Kes ini disiasat dibawah Sek. 12(2) Akta Da-
dah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan juga
Sek. 30(3) Akta Racun 1952.
320KG DAUN KETUM DALAM PROTON ISWARA
18 Jun - Akhir—akhir ini, pelbagai taktik digunakan oleh
penyeludup ketum untuk mengelakkan bahan terlarang itu
dari ditemui oleh pihak berkuasa. Antaranya adalah me-
nyimpan daun ketum di dalam kenderaan yang ditinggalkan
di tempat tertentu sehingga ada peluang yang baik untuk
dibawa ke lokasi penyeludupan atau ke lorong—lorong
tikus. Rondaan oleh MPV IPD Padang Besar pada jam 1.45
tengahari di sebuah lorong di Kampung Kolam telah berjaya
menemui 320 kg daun hijau disyaki daun ketum yang disim-
pan di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Iswara.
Kesemua 53 bungkusan daun ketum dan juga kenderaan
berkenaan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Je-
nayah Narkotik Daerah untuk siasatan lanjut.
26

