Page 32 - PADANG CERITA IPDPD
P. 32
WARGA EMAS CUBA SELUDUP DAUN KETUM
Kaki Bukit, 18 Jun 2021: Cubaan seorang warga emas untuk me-
nyeludup daun ketum seberat 100kg gagal apabila saspek ditahan
polis di SJR Kaki Bukit petang tadi. Dalam kejadian jam lebih kurang
pukul 2.05 petang tadi, petugas SJR yang memeriksa kenderaan Nis-
san Sunny berwarna biru yang dipandu oleh saspek telah menemui 10
bungkusan plastik hitam yang berisi daun hijau disyaki daun ketum
di dalam bonet belakang kenderaan tersebut. Saspek seorang warga
tempatan yang berusia 70an ditahan untuk siasatan lanjut. Daun
ketum seberat 100 kg yang bernilai RM5,000.00 dan kenderaan
yang digunakan juga turut ditahan.
DAPUR MEREBUS AIR KETUM DI DALAM HUTAN
PADANG BESAR, 03 Mac – Taktik licik elak diketahui
pihak berkuasa dengan mendirikan khemah merebus air
ketum di tengah hutan belantara hanyalah sia - sia apabi-
la ditemui oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Padang
Besar, awal pagi.
Pada kejadian itu, sepasukan anggota ‘Task Force’ Balai
Polis Padang Besar sedang yang melakukan rondaan
mencegah jenayah di kawasan Batu 20, Kg. Tersusun
sebelum mereka curiga dengan keberadaan khemah itu
ditengah hutan. Selepas membuat penelitian, mereka membuat
pemeriksaan di kawasan khemah itu dan telah menemui satu guni
berwarna putih berisi daun-daun hijau disyaki daun ketum dengan
anggaran berat 20kg, 75 bungkusan plastik berisi air disyaki air ke-
tum, 12 botol ubat batuk, 3 buah tong gas, 2 bekas ketulan ais, 2 peri-
uk belanga besar serta 2 dapur memasak yang dipercayai digunakan
untuk memproses air ketum. Kesemua barang – barang tersebut telah
dirampas dan dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan
lanjut.
DAUN KETUM DITEMUKAN DIBAKAR
Padang Besar, 28 Februari - Sepasukan anggota Task
Force Balai Polis Padang Besar awal pagi semalam telah
menemukan satu karung kain berwarna biru yang dida-
lamnya diisi dengan daun-daun hijau disyaki ketum dengan
anggaran berat 19kg dibawah sebatang pokok dekat Kam-
pung Kubang Tiga, disini.
Pada kejadian itu, mereka turut menemukan sebahagian
daun ketum yang telah dibakar di kawasan rumput berdek-
atan pokok itu. Motif kejadian masih dalam siasatan. Kes ini
akan disiasat dibawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952 yang jika
sabit kesalahan, boleh dihukum dengan denda maksimum
RM10 ribu dan penjara maksimum empat tahun.
27

