Page 33 - PADANG CERITA IPDPD
P. 33

R A M P A S A N    P I S T O L    D A N    P E L U R U    T I R U A N
                                            11 Februari - Sepasukan polis daripada Bahagian     Siasatan Jenayah
                                            IPD Padang Besar yang bertindak diatas maklumat telah ke sebuah
                                            rumah  tidak               bernombor  di Kampung  Belukar Lenga, Chuping,
                                            Perlis. Setibanya di rumah tersebut polis telah    mengetuk pintu rumah
                                            dan dibuka oleh seorang lelaki. Pihak polis kemudian meminta lelaki
                                            tersebut              memperkenalkan  diri  sebelum  membuat  pemeriksaan
                                            didalam  rumah.  Hasilnya,  mereka  menemukan  sepucuk  pistol
                                            berwarna silver yang dipercayai pistol tiruan dan (5) butir kelongsong
                                            peluru berwarna silver,     sebilah parang serta sebatang besi panjang
                                            yang  dipercayai  digunakan  semasa  kejadian  pergaduhan  baru-baru
                                            ini. Pihak polis kemudian telah membuat  semakan rekod kesalahan
                                            lampau  keatas  suspek  dan  mendapati  suspek  mempunyai  1  Rekod
                                            Kesalahan Jenayah Lampau dibawah Sek. 15(1)(a) Akta Dadah     Ber-
                                            bahaya 1952 dan 1 kesalahan jenayah yang telah dijatuhkan hukuman
                                            dibawah  Sek.  427  Kanun  Keseksaan  kerana  melakukan  tindakan
                                            khianat.








             RAMPASAN  DAUN  KETUM  OLEH  UNIT  KERETA  PERONDA  (MPV)
             9 Februari — Satu rampasan daun ketum dilaksanakan oleh anggota Ca-
             wangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Padang  Besar,
             dimana anggota terbabit    sedang menjalankan tugas rondaaan dikawa-
             san Kaki Bukit telah terserempak dengan sebuah kereta jenis  Nissan Al-
             mera dalam keadaan mencurigakan. Mereka    bertindak mengejar ken-
             deraan  tersebut  namun  pemandu  kereta  tersebut  bertindak  lebih  awal
             dengan melarikan diri dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan kawa-
             san Tasoh, Kaki Bukit, Perlis. Hasil pemeriksaan polis       didalam kereta
             tersebut telah menjumpai (50) plastik   hitam didalamnya mengandungi
             daun-daun  disyaki  ketum  dengan  anggaran  berat  500kg  bernilai
             RM15,000. Polis bertindak merampas kesemua barang kes untuk tindakan
             siasatan  dibawah  Sek.30  (3)  Akta  Racun  1952  yang jika sabit  kesalahan
             boleh dijatuhkan hukuman denda      maksimum RM10 ribu dan penjara
             maksimum empat tahun.






                                              SEMBUNYI AIR KETUM DALAM TANAH
                                              "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga"
                                              mungkin sesuai untuk seorang     lelaki berusia 23 tahun apabila
                                              dia ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah
                                              Narkotik  Daerah  IPD  Padang  Besar.  Serbuan  yang  dilakukan ke
                                              atas  rumahnya  di    kawasan  Bukit    Chabang  telah  menemukan
                                              (40)  bungkusan  plastik  lutsinar  yang  dipercayai  mengandungi
                                              cecair     disyaki air ketum, ditanam di dalam tanah di tepi rumah
                                              saspek.  Saspek  mengaku  kesemua  bungkusan  tersebut  miliknya.
                                              Hasil siasatan mendapati saspek juga menanam (1) peti sejuk lama
                                              di dalam tanah bagi menyimpan bungkusan air ketum yang hen-
                                              dak  dijual.  Taktik  ini  adalah  untuk  mengelakkan  dari  dikesan
                                              pihak berkuasa. Kesemua barang kes        termasuk saspek telah
                                              dibawa balik ke IPD Padang Besar untuk tindakan  lanjut.











                                                           28
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38