Page 6 - PADANG CERITA IPDPD
P. 6
PONDOK POLIS WANG KELIAN, ‘THE LAST FRONTIER’
Oleh: Kpl Mohd Azli bin Othman
Wang Kelian terletak di dalam Taman Negeri Perlis yang merangkumi hutan simpan kekal Wang
Mu iaitu sejenis hutan simpan luruh. Tasik Meranti yang merupakan sebuah tasik bekas lombong
bijih timah suatu ketika dahulu kedudukannya tinggi diatas bukit dan jaraknya dari Pekan Wang
Kelian sejauh 6km menjadikan ianya satu kawasan tadahan air semulajadi yang penting kepa-
da kepelbagaian biodiversiti disini. Jarak dari Wang Kelian ke Padang Besar adalah sebanyak
21.2km dan mengambil masa lebih kurang 26 minit jika menaiki kereta.
Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar adalah terbahagi kepada tiga(3) pecahan kawasan pentad-
biran balai iaitu, Balai Polis Padang Besar, Balai Polis Beseri dan Balai Polis Kaki Bukit. Lazimnya
sesebuah kawasan pentadbiran balai itu dibahagikan kepada beberapa kawasan mengikut kepada
keluasannya. Mengikut Perintah Tetap Balai No.7 iaitu sesebuah kawasan pentadbiran balai haruslah
dibahagikan mengikut keluasan kawasan rondaan bit dan juga mengikut jumlah penduduk dikawasan
tersebut yang mewakili sebuah kampung, taman perumahan atau sebuah kawasan penting. Disebab-
kan hal-hal tertentu yang menyebabkan kewujudan sebuah balai baru adalah dirasakan tidak sesuai
pada ketika itu, maka diwujudkan sebuah pondok polis sebagai pengkalan menjalankan aktiviti-
aktiviti kepolisan seperti rondaan dan pemantauan kawasan, risikan jenayah dan juga menjaga ke-
tenteraman awam di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun segala tadbir urus pondok polis adalah
masih dibawah arahan dan pentadbiran Ketua Polis Balai.
1

