Page 8 - PADANG CERITA IPDPD
P. 8

Gambar dari sisi kiri Pondok Polis Wang Kelian dan plak perasmian pondok tersebut (gambar kecil)




























                                        Gambarajah bahagian dalam Pondok Polis Wang Kelian

              Disebabkan  kebanjiran  pelancong  yang  ramai  pada  hari  hujung  minggu,  kepimpinan  PDRM  telah
              mengambil suatu langkah proaktif bagi meningkatkan mutu pengawasan dan keselamatan di sempa-
              dan  Wang  Kelian.  Penugasan  anggota  polis  telah  ditetapkan  di  Pos  ICQS  Wang  Kelian  bagi
              melaksanakan tugas-tugas kepolisan. Oleh kerana hal demikian pada tarikh 30 Ogos 2001 sebuah pon-
              dok polis dan bangunan kediaman mula didirikan di tapak No. Lot PT 4725  yang berkeluasan 0.7664
              hektar. Pada 28 Ogos 2002 ianya siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya Perlis dengan perbelanjaan kos
              sebanyak  RM2,640,158.00  yang  juga  meliputi  tapak  dan  binaan.    Pembinaannya  adalah  terdiri  da-
              ripada satu (1) blok bangunan Pondok Polis setingkat mengandungi Pejabat, Pejabat Ketua Polis Balai,
              Bilik Operasi, Stor Senjata, Bilik Air, Tandas dan Anjung Kereta. Semua tibar layar dan papan cantik
              anjung dibina mengikut rekabentuk tradisional Negeri Perlis. Manakala bagi blok perumahan kuarters,
              ianya adalah terdiri daripada dua (2) bangunan kuarters kelas F, satu (1) blok bangunan kelas G dua
              (2) tingkat yang mengandungi lapan (8) unit rumah kediaman dan satu (1) wakaf istirehat yang juga
              mengikut rekabentuk tradisional Negeri Perlis.

              Pada 12 April 2003 bersamaan 10 Safar 1424  Pondok Polis Wang Kelian telah dirasmikan oleh YDH SAC 1
              Dato’ Abd. Halim Bin Abd. Hamid Ketua Polis Perlis.





                                                           3
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13