Page 9 - PADANG CERITA IPDPD
P. 9

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 425 Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) jenis Honda Civic 1.8 untuk kegunaan
             Cawangan  Kereta  Peronda  (MPV)  yang diagihkan  secara  berperingkat  bermula  daripada  setiap kontinjen  hinggalah  ke
             daerah.  Kenderaan  yang dilengkapi  peralatan sokongan  seperti  peralatan  komunikasi  RMPNeT,  kamera  papan  pemuka
             (dashcam) dan perakam video digital mudah alih itu, disewa secara konsesi dengan syarikat Spanco Sdn Bhd selama lima
             (5) tahun  melalui  peruntukan  mengurus  kerajaan  bagi tahun  2020.  Majlis  penyerahan  itu  disempurnakan  oleh Menteri
             Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.





























                           Majlis penyerahan kenderaan Honda Civi 1.8s yang oleh Menteri Dalam Negeri,
                           Dato’ Seri Hamzah Zainudin di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.


              Pada 1 Oktober tahun lalu, bertempat di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis,  Ketua Polis Daerah Padang Besar,
              YDH.  Supt.  Saifudin  Aslin  bin  Abbas  telah  menerima  sejumlah  4  buah  kereta  berjenama  Honda  Civic  1.8s  bagi
              kegunaan pasukan Cawangan Kereta Peronda (MPV) Daerah Padang Besar.  Kenderaan ini adalah bagi mengganti-
              kan kenderaan MPV jenis Proton Waja yang telah melebihi had penggunaan lapan (8) tahun dan ke atas. Kenderaan
              peronda yang bahari ni dilengkapi dengan teknologi terkini bagi kegunaan petugas. Justeru itu, prestasi kerja ang-
              gota bertugas di Cawangan Kereta Peronda (MPV) dapat ditingkatkan selain dari mampu menyuntik semangat  ker-
              ja lantas meningkatkan imej pasukan melalui kejayaan yang bakal dilakarkan pada masa akan datang.






















              YDH.  SAC.  Dato’  Surina  Saad  menyerahkan  replika   Ketua  Polis  Daerah  Padang  Besar, YDH.  Supt.  Saifudin
              kunci  kepada  YDH.  Supt.  Saifudin  Aslin  di    Majlis   Aslin (dua dari kanan) disamping ketua polis daerah yang
              Penyerahan  Kenderaan  Honda  Civic  1.8s  bertempat   lain  di    Majlis  Penyerahan  Kenderaan  Honda  Civic  1.8s
              Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK)  Perlis.      bertempat Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK)  Perlis.




                                                           4
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14