Page 42 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 42

GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENTADBIRAN

                                                   KOMITMEN GURU

               Antara komitmen guru yang perlu diberikan perhatian ialah :

                   1.  Panduan Perkhidmatan Cemerlang dan Tatasusila Profesion Perguruan hendaklah sentiasa
                       menjadi panduan dan amalan semua guru
                   2.  Membaca dan memahami falsafah, matlamat dan objektif sekolah serta sentiasa berusaha
                       untuk mencapai objektif tersebut
                   3.  Guru adalah satu profesion dan berusaha menjaga imejnya.
                   4.  Melaksanakan  semua  tugas  dan  tanggungjawab  dengan  penuh  keikhlasan,  kejujuran  dan
                       bertanggungjawab.
                   5.  Mengajar  dan  mendidik  murid  dengan  penuh  AMANAH,  KEIKHLASAN  dan  sentiasa
                       memberikan yang terbaik untuk bekalan masa depan mereka.
                   6.  Sentiasa  menunjukkan  dan  mengamalkan  imej  kepimpinan  dinamis  dan  kecekapan
                       menjalankan tugas.
                   7.  Elakkan perilaku yang dianggap bertentangan dengan tatasusila profesion perguruan seperti
                       ponteng tugas, pecah amanah, penyelewengan, cuai dan sebagainya.
                   8.  Berusaha  meningkatkan  prestasi  dan  nama baik  sekolah  dengan  sedia  bekerjasama  dengan
                       semua anggota warga sekolah dan luar sekolah.
                   9.  Menghadiri  semua  aktiviti  rasmi  sekolah.  Pada  setiap  hari  Isnin;  perhimpunan  rasmi  dan
                       morning prayers (mesyuarat pagi) dan pada setiap hari Selasa; mesyuarat, kursus dan lain-
                       lain.
                   10.  Mengamalkan MMI (jual beli masa PdPc) apabila meninggalkan sekolah atas urusan rasmi
                       atau peribadi.

                                              WAKTU HADIR BERTUGAS

                   1.  Guru sesi pagi bertanggungjawab hadir ke sekolah sebelum jam 6.50 pagi.
                   2.  Guru  bertanggungjawab  “Punch  in”  dalam  mesin  kehadiran  dan  menandatangani  buku
                       kehadiran guru semasa datang dan “Punch out” serta menandatangani buku kehadiran guru
                       semasa balik.
                   3.  Guru sesi pagi yang hadir sebelum jam 6.30 pagi dibenarkan balik selepas jam 1.00 petang
                       dan guru yang hadir selepas itu sehingga 6.50 pagi hendaklah balik pada jam 1.20 petang
                       (kecuali mereka yang terlibat dalam aktiviti rasmi sekolah termasuk jadual anjal dan kelas
                       tambahan).
                   4.  Guru sesi petang bertanggungjawab hadir sebelum jam 11.30 pagi (perhimpunan dan masa
                       NILAM  jam  12.00  –  12.30  petang)  dan  balik  jam  5.50  petang  pada  hari  Isnin.  Pada  hari
                       Selasa hingga Khamis guru sesi petang hadir sebelum jam 12.00 tengah hari dan balik jam
                       5.50 petang.
                   5.  Pada hari Jumaat masa bertugas guru sesi pagi adalah sebelum 6.30 pagi dan balik jam 11.40
                       pagi manakala bagi guru sesi petang hadir sebelum 1.30 petang dan balik jam 5.50 petang

                                             PAKAIAN DAN PERSONALITI

             1.        Guru hendaklah memakai pakaian yang kemas mengikut peraturan yang  ditetapkan
                       Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/85, serta melambangkan disiplin dan imej profesion perguruan.
                   2.  Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas di sekolah, majlis rasmi sekolah dan
                       tugas rasmi di luar sekolah.
                   3.  Memakai pakaian sukan atau baju-T tidak dibenarkan semasa mengajar di dalam kelas,
                       mesyuarat sekolah dan majlis rasmi sekolah.









                                                           42
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47