Page 43 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 43

4.  Guru lelaki mestilah memakai tali leher sepanjang berada dalam tugas rasmi kecuali dalam
                       keadaan tertentu seperti pengajaran PJK dan di bengkel.
                   5.  Pemakaian baju lengan pendek bagi guru lelaki adalah sangat tidak digalakkan
                   6.  Pemakaian  pakaian  seragam  unit  berunifom  (KRS  bagi  pentadbir)  pada  setiap  hari  Rabu
                       adalah sangat digalakkan sesuai dengan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia
                       Bil. 19 Tahun 2013
                   7.  Pakaian  dan  personaliti  guru  hendaklah  sentiasa  dalam  keadaan  segak  dan  kemas  supaya
                       menjadi contoh yang baik kepada murid.

                                    URUSAN PERKHIDMATAN DAN PERJAWATAN

                   1.  Guru  bertanggungjawab  mengemaskinikan  maklumat-maklumat  perkhidmatan  dan
                       perjawatan  dengan  Pembantu  Tadbir  (Perkhidmatan  Dan  Penjawatan)  yang  meliputi  aspek
                       pelantikan, kursus induksi, pengesahan jawatan, pergerakan gaji, rekod cuti dan pengumpulan
                       cuti dan sebagainya.
                   2.  Guru  bertanggungjawab  mengemaskinikan  maklumat-maklumat  perkhidmatan  dan
                       perjawatan dalam Sistem online seperti e-Operasi, HRMIS dan sebagainya melalui guru data
                       dan PKP.

                             KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS

                   1.  Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam masa bertugas kecuali atas sebab-
                       sebab urusan rasmi atau hal-hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
                   2.  Guru  yang  perlu  keluar  dalam  masa  bertugas  hendaklah  memaklumkan  sendiri  kepada
                       pengetua/wakilnya  dengan  mengisi  Borang  Pemohonan  Keluar  Dalam  Waktu  Bertugas
                       dengan mengepilkan 1 salinan dokumen sokongan (jika ada) untuk mendapatkan kebenaran.
                   3.  Setelah  mendapat  kebenaran,  guru  perlu  memaklumkan  guru  relif  dengan  menyerahkan
                       bahan/modul guru ganti.

                                    URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS

                   1.  Guru  mesti  merujuk,  membaca,  memahami  dan  mematuhi  arahan-arahan/pekeliling-
                       pekeliling  berkaitan  kebenaran  pelbagai  jenis  cuti  dan  tidak  hadir  bertugas.  Jika  ada  kelas
                       guru perlu mematuhi dasar MMI.
                   2.  Dalam keadaan biasa, guru layak mengambil cuti rehat 10 hari dengan syarat pemohonan cuti
                       itu  mestilah  dipohon  seminggu  lebih  awal  dengan  mengemukakan borang pemohonan  cuti
                       rehat  dengan  berjumpa  sendiri  dengan  pengetua  untuk  mendapatkan  kebenaran/kelulusan,
                       kecuali bagi 8 perkara yang dibenarkan dalam SPP Bil. 1/2015.
                   3.  Jika tidak dapat hadir bertugas atas sebab-sebab kecemasan, guru mesti menghubungi sendiri
                       pengetua/wakilnya melalui telefon dengan segera antara 6.30 pagi hingga 7.00 pagi.
                   4.  Guru yang mendapat cuti tanpa rekod, perlu mengemukakan surat kebenaran cuti tanpa rekod
                       daripada  pihak  yang  memberikan  cuti  itu  untuk  pengesahan  dan  kelulusan  pengetua  dan
                       mengemukakan  borang  cuti  tanpa  rekod  yang  telah  dilengkapkan.  Bagi  guru  wanita  yang
                       akan cuti bersalin, perlu mengemukakan Borang Cuti Bersalin yang kemaskini bagi tujuan
                       rekod dan rujukan perkhidmatan.

               Nota : Guru wanita yang akan cuti bersalin dikehendaki :

                   •  Menyediakan  bahan-bahan  pembelajaran  seperti  kertas-kertas  nota/latihan/latih  tubi  untuk
                       diberikan kepada murid dalam tempoh cuti bersalin. Bahan yang telah disediakan hendaklah
                       diserahkan kepada PKP untuk tindakan.











                                                           43
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48