Page 45 - BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2021
P. 45

5.  Guru bertanggungjawab melaksanakan sendiri tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan
                       kepadanya oleh pengetua seperti memungut wang, memegang kunci khas dan sebagainya.
                   6.  Guru bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan oleh pengetua dengan
                       betul, sempurna, mengikut peraturan dan menepati waktu.

                                           ORANG LUAR BERJUMPA GURU

                   1.  Jurujual tidak akan dilayan di dalam permis sekolah, pejabat am, bilik guru dan bilik darjah.
                   2.  Orang luar tidak dibenarkan berjumpa guru dan murid tanpa mendapat kebenaran pengetua.
                   3.  Guru hendaklah mengarahkan orang luar yang hendak berjumpa guru atau murid agar
                       mendapatkan kebenaran pengetua terlebih dahulu jika kebenaran belum diperoleh.
                   4.  Orang luar termasuk ibu bapa atau penjaga dilarang berjumpa guru atau murid semasa proses
                       pengajaran dan pembelajaran.

                     PUNGUTAN YURAN PERSATUAN / KELAB / BADAN BERUNIFORM / KELAS

                   1.  Semua pungutan hendaklah direkodkan dalam akaun kewangan unit.
                   2.  Guru penasihat/unit hendaklah sentiasa menyemak dan mengesahkan maklumat kewangan
                       unit berkenaan.
                   3.  Wang pungutan daripada ahli unit hendaklah disimpan oleh guru dan tidak boleh disimpan
                       oleh murid.

                                           PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

                   1.  Semua guru adalah diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah dengan pakaian rasmi
                       (digalakkan berbaju kot hitam bagi pentadbir).
                   2.  Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap hari Isnin 6.50 pagi hingga 7.20 pagi bagi
                       sesi  pagi  dan  jam  11.30  pagi  hingga  12.00  tengah  hari  bagi  sesi  petang  di  Dewan
                       Perdana/tapak perhimpunan sekolah mengikut keadaan cuaca pada hari berkenaan..
                   3.  Guru  bertugas  pada  minggu  tersebut  bertanggungjawab  memastikan  perhimpunan  berjalan
                       mengikut prosedur yang ditetapkan, mengambil  kehadiran guru dan mencatat laporan pada
                       majlis perhimpunan tersebut.
                   4.  Guru bertugas minggu sebelumnya hendaklah memberikan laporannya semasa perhimpunan.
                   5.  Slot disiplin (unit disiplin) dan slot motivasi (unit UBK) dan NILAM handaklah dijalankan
                       semasa perhimpunan secara berselang dalam tempoh lima minit sahaja.
                   6.  Perhimpunan rasmi pada hari pertama persekolahan semua guru diwajibkan memakai pakaian
                       rasmi unit berunifom yang lengkap.

































                                                           45
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50