Page 224 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 224
hitam. Namun begitu, tidak ada sesiapapun yang memaklumkan
kepadanya bahawa bajunya telah kotor dengan cat tersebut.
Apabila pulang daripada sekolah Adam terkejut melihat
belakang baju sekolahnya yang berwarna putih dipenuhi dengan
cat hitam. Air matanya hampir mengalir kerana sedih memikirkan
bagaimana mahu menduduki peperiksaan jika itulah satu-satunya
baju sekolah yang dia ada. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa
pedihnya hati dia apabila ada di antara rakannya yang sanggup
berbuat khianat kepadanya. Mak Leha yang melihat keadaan itu
segara menghampiri Adam dan memujuknya perlahan-perlahan.
“Janganlah sedih nanti emak cuba usahakan. Mak masih
ada duit simpanan untuk beli baju sekolah baharu. Nanti mak
kerahkan tulang empat kerat mak bagi menampung keperluan hari-
hari yang mendatang. Jangan risau” kata mak perlahan. Sayu hati
seorang ibu melihat kekecewaan yang jelas terpancar di raut wajah
anaknya. Selepas mendengar kata-kata ibunya, air mata Adam
mengalir dengan laju. Adam terus memeluk ibunya.
“Hina sangat ke orang miskin ni mak? Kenapa mereka
tergamak buat Adam macam ni” luah Adam sebak.
“Bersabarlah nak. Mungkin di sebalik dugaan ini ada hikmah
yang tersembunyi. Sesungguhnya cabaran dan dugaan itu
mengajar kita erti tabah dalam mengecapi sesebuah kejayaan”
jawab Mak Leha dengan tenang.
“Maafkan Adam mak. Maafkan Adam sebab menyusahkan
mak. Adam janji Adam akan buat yang terbaik. Adam akan
banggakan mak. Adam akan buktikan orang miskin pun boleh
berjaya” jawab Adam teresak-esak. Kedua-duanya berpelukan
dalam suasana yang sungguh menghibakan.
Hari ini hari yang dinanti-nantikan olehnya telah pun tiba.
Adam ke sekolah lebih awal daripada biasa. Sebelum datang ke
sekolah, dia bersalaman dengan ibunya dan memohon maaf serta
meminta Mak Leha mendoakan kejayaannya. Selepas itu, dia
masuk ke dewan sambil berzikir dan berselawat ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W. Sebelum menjawab kertas
peperiksaan, Adam tidak lupa untuk berdoa kepada Tuhan agar
dipermudahkan segala soalan yang dikemukakan. Tiga hari
berjuang di dalam dewan peperiksaan Adam dapat menjawab
soalan dengan tenang dan yakin. Adam juga selalu melakukan solat
hajat supaya Tuhan melembutkan hati pemeriksa yang menanda
kertas jawapannya untuk memberikan markah yang tinggi.
Selepas 2 bulan UPSR tamat, hari keputusan UPSR telah pun
berkunjung tiba. Adam berdebar-debar melangkah ke dewan untuk
mendengar keputusan yang bakal diterimanya. Memang sudah
192

