Page 243 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 243
Pak Akup mengatakan demikian. Namun, Rubah kembali
berpura-pura bertanya sambil mengaum seram,
“Kalau itu batang pokok, engkau pasti mengikatnya pada
kereta kayu. Aku akan melihatnya dari dekat. Grauummm…”
“Cepat ikat aku di kereta kayumu, sebelum singa mendekat!”
mohon beruang. Ia lalu meniarap di dalam kereta kayu Pak Akup.
Pak Akup pun mengikatnya.
Rubah lalu datang. Ia menggoncang kepala beruang dari
belakang.
“Hmm, batang pokok yang besar dan aneh. Jika ini memang
batang pokok asli, pastilah tidak akan bergerak bila aku geletek.”
Rubah mengambil sebatang ranting berdaun, lalu menggeletek
ketiak beruang. Beruang kegelian tetapi berusaha untuk tidak
bergerak. Rubah terburu-buru menolak kereta kayu yang berisi
beruang yang masih meniarap dan tidak bergerak itu ke tengah
hutan.
Ketika rubah pulang, rubah terus menagih janji Pak Akup.
“Pak Akup, sekarang berikan aku dua ekor ayam, seperti yang
telah kau janjikan. Dan tambahkan lapan ekor ayam sebagai bonus,
kerana aku sudah membawa beruang ke tengah hutan. Kalau tidak,
akan kubawa si beruang kembali ke sini!”
Rubah ini mulai serakah. Tadi minta dua, sekarang sepuluh ekor
ayam, fikir Pak Akup kesal. Setelah berfikir sejenak, ia berkata,
“Baiklah, mari ikut aku ke reban ayamku!” kata Pak Akup.
Setibanya mereka di reban, Pak Akup membuka pintu rebannya.
Seketika itu seekor anjing yang sangat besar melompat ke arah
rubah. Rubah itu berlari sepantasnya untuk menyelamatkan diri.
Pak Akup pun ketawa terbahak-bahak hingga menitiskan air
mata. Berkat kecerdikannya, ia selamat dari beruang dan rubah.
Sementara itu beruang dan rubah sangat gembira kerana mereka
selamat dan baik-baik sahaja walaupun telah ditipu oleh Pak Akup.
Pengajaran yang terdapat dalam cerita ini ialah kita
janganlah bersikap tamak seperti beruang dan rubah nanti diri
sendiri yang akan rugi, tetapi kita mestilah bersikap rajin seperti Pak
Akup iaitu rajin bercucuk tanam kerana ini akan menguntungkan
kita hasil daripada kebun sayur.
WEBSTER BRITZASCA DAWAT
211

