Page 246 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 246
Tiba masanya pembicaraan berlangsung. Joseph sudahpun
menghafal kenyataan yang akan dia katanya pada waktu
pembicaraan untuk membela dirinya tidak bersalah. Namun,
sebelum pembicaraan, ayah mangsa bertemu dengan Joseph dan
mengancamnya. “Aku akan membiarkan anakmu menderita jika
kau mengaku tidak bersalah.” Kata-kata ini telah menyebabkan
Joseph bingung dan akhirnya Joseph melupakan semua
kenyataannya dan terpaksa mengaku dirinya bersalah demi
keselamatan anaknya. Joseph berfikir bahawa keputusan ini terbaik
untuk anaknya. Tina amat kecewa dengan ayahnya kerana tidak
menyangka ayahnya tidak memberi penerangan yang sepatutnya.
Tina tahu bahawa ada sesuatu yang mengganggu pemikiran
ayahnya pada waktu itu. Ketua polis penjara juga terkejut
mendengar kenyataan Joseph. Akhirnya, Joseph dijatuhkan
hukuman gantung sampai mati. Joseph tidak henti-henti
mengatakan “Saya minta maaf. Saya minta maaf. Tolong
selamatkan Tina kesayanganku.”
Sebelum saat hukuman dijalankan, Joseph dibenarkan untuk
bertemu dengan Tina. Tina berkemas dengan sangat cantik. Tina
tidak tahu bahawa ayahnya akan meninggalkannya selamanya.
Joseph mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya dan
tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada mereka. Rakan-
rakannya amat sedih melihat Joseph pergi. Kelibat senyum mata
Joseph masih jua terukir walaupun waktunya hamper tamat. Joseph
berasa sedih kerana harus meninggalkan segalanya terutama
anaknya di dunia yang penuh cabaran ini. Dia berfikir bagaimana
nanti kehidupan anaknya setelah dia tiada. Joseph menggendong
Tina semasa pergi ke bilik hukuman gantung. Tiba di hadapan bilik
tersebut, Joseph berkata pada Tina “Tina boleh sendiri tanpa ayah
kan?”. Tina berkata “Ayah boleh sendiri tanpa Tina kan? Tina akan
dapat markah yang cemerlang dan tunjuk kepada ayah nanti.
Kalau ayah pergi ke tempat yang lebih baik, ayah jangan risaukan
Tina. Ayah! Selamat Hari Krismas! ” kata Tina.
Pintu bilik dibuka memecahkan keheningan dan
menandakan waktu bersama Tina sudah habis. Laluan menuju
ruangan hukuman bagaikan sebuah sungai duka bagi Joseph.
Joseph memeluk erat anaknya buat kali terakhir dan menangis.
“Jaga diri, Tina! Ayah sayang Tina.” kata Joseph kepada Tina.
Sebelum memasuki bilik hukuman, Joseph akhirnya menyedari
bahawa dia sepatutnya membela dirinya. Joseph rebah. Joseph
merayu dan menangis serta tidak henti meminta maaf. Tangisan
Joseph menjadikan suasana di penjara sayu. Tina risau akan
ayahnya dan menangis. Namun, sudah terlambat. Joseph tetap
harus menjalankan hukuman tersebut.
214

