Page 252 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 252
21. DATIN SEPIAH: Dia telah kutunangkan dengan Danial, anak Dato
Supian!
22. SEPAWI : (Marah) Apa ni? Kenapa jadi macam itu. Kalau lembu
dipegang pada tali, manusia pula dipengang pada janji.
Adakah memang perangai orang kaya suka memungkiri
janji?
23. DATO MUKHRIS : Bukan begitu Sepawi. Kami terpaksa tunangkan
Salhah kerana keadaannya yang tidak menentu selepas
kau menghilangkan diri tanpa khabar berita.
24. DATIN SEPIAH : Memang dia dah tak nak pun dengan kamu!
Itulah sebabnya kami terima lamaran daripada keluarga
Dato Sufian. Lagi pun memang setaraf pun dengan kami!
25. SEPAWI : (Marah) Saya tak percaya Salhah buat begitu! Dato
dan Datin sudah berjanji dengan saya! Baiklah saya akan
pergi! Pergi jauh daripada segala kemungkaran ini! Tapi
buat kali terakhir, izinkan saya bertemu dengan Salhah!
Mana dia Dato?
26. DATIN SEPIAH : Salhah tak ada!
27. SEPAWI : Kenapa pula tidak ada? Dia ke mana?
28. DATO MUKHRIS : Dia dah lari meninggalkan rumah ini. Dia tak
mahu dipaksa bertunang dengan Danial. Sudah lama
kejadian ini berlaku. Puas sudah kami mencarinya tapi tidak
juga berjumpa..
29. SEPAWI : (Terkejut) Lari! Ini semua salah Dato dan Datin!
Barangkali juga balasan Tuhan pada orang yang suka
mungkir janji!
30. DATO MUKHRIS: (Nada sedih) Maafkan kami Sepawi!
31. SEPAWI : (Bertegas) Saya akan mencarinya! Ya! saya akan tetap
menjejakinya sehingga bertemu! Saya bersumpah saya
akan menjejakinya sehingga ke hujung nyawa sekali pun!
Oh! Salhah! di manakah kau!
(Lampu dimalapkan)
BABAK 3
(Tamat Pengajian Madrasah)
MASA : Bila-bila Pagi
TEMPAT : Madrasah Melayu Kampung Jawa
MUZIK : Instrumental
(Adegan 1)
(Perbincangan di pejabat Jabatan Pelajaran Sarawak)
32. MOHD SAID : (Terkejut) Tuan Alexender. Maafkan saya sebab tak
sangka tuan datang pagi-pagi ini.
220

