Page 250 - Koleksi Ceritera Bitara
P. 250
BABAK 1
MASA : Pagi
TEMPAT : Dewan TAZA, IPGKBL
MUZIK : Instrumental Lagu IPGKBL
(Lampu disorot pada suasana gembira kejayaan sekumpulan
pelajar yang baru sahaja bergraduasi di depan Dewan TAZA)
Persembahan PENTOMIN menggambarkan keriangan suasana
konvokessyen tersebut
Lampu disorot pada watak Sepawi yang teringat kepada cabaran
Dato Mokhris kepadanya.
1. MONOLOG : Sekarang aku sudah berjaya menjadi seorang guru.
Guru yang dihormati masyarakat. Inilah syarat Dato Mukhris jika
aku ingin bersama Salhah anaknya. Sekarang aku sudah
memenuhi syarat itu.
2. SUARA LATAR DATO MOKHRIS : Cuba kau cermin diri tu dulu.
Sekarang cakap pada aku. Orang macam kau layakkah jadi
menantu kami?
3. SUARA LATAR DAYANG SAEDAH : Kau pun tahu Salhah satu-
satunya anak perempuan kami. Kami tahu apa yang terbaik
untuk masa depannya. Apa jaminan yang kau boleh beri
padanya!
4. SUARA LATAR DAYANG SAEDAH : Kami pun sudah ada
perancangan untuk masa depan anak kami. Kami nak
jodohkan dia dengan anak anak Dato Sufian! Baru sesuai.
Macam pinang dibelah dua!
5. SUARA LATAR DATO MOKHRIS: Tapi tak apalah. Aku boleh beri kau
satu peluang. Kalau kau betul-betul mahu Salhah, tak kaya
pun tak apa tapi aku nak sekurang-kurangnya kau orang yang
dihormati masyarakat!
6. SUARA LATAR DAYANG SAEDAH : Eh! Abang! Apa pulak bersyarat-
syarat ni! Mana boleh!
7. SUARA LATAR DATO MOKHRIS: Jangan risaulah sayang! Dia tidak
akan mampu!
8. SEPAWI : (Tegaslah) Baiklah Dato. Saya sahut cabaran ini! (Sepawi
sedar dari lamunannya)
9. SEPAWI : Ya! Sekaranglah waktunya aku akan menuntut janji
orang kaya Dato Mokhris.
(Lampu dimalapkan)
218

